Kajian Tindakan & Inovasi P&P

Ahad, 29 Julai 2012


ANALISIS INFERENSI- UJIAN-T (T-Test)

Dependent Variable (DV)
Data diskret (nominal/ ordinal)
Independent Variable (IV)
Data continuous (Interval/ ratio)
Jenis Ujian
Perbezaan Min
1 DV
(2 kategori/ kumpulan; cth. Lelaki/Perempuan, Bandar/ Luar Bandar)
1 IV
(cth. Pencapaian, self-esteem)
Ujian-t
1 DV
(3 kategori/kumpulan: cth.Aliran Sains tulen/sains social/sains kesihatan)
1 IV
One-way ANOVA
2 DV
1 IV
2-way ANOVA
1 DV
2 atau Lebih IV
One-way MANOVA
2 atau Lebih DV
2 atau Lebih IV
MANOVA
Jenis-jenis Data
1.       Nominal
§  Aras paling rendah
§  Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan
§  Jantina, nombor KP, jenis sekolah, kod buku
2.       Sela
§  Nombor menunjukkan kuantiti
§  Jarak sekata antara nombor.
§  Suhu, markah ujian, IQ
§  Nilai sifar arbitrari
3.       Ordinal
§  Pengkelasan mengikut pemeringkatan
§  Nombor menunjukkan kuantiti; jarak tidak sekata
§  Kedudukan dalam kelas, penarafan, kemahiran bertutur, ranking
4.       Nisbah
§  Nombor menunjukkan kuantiti
§  Jarak sekata antara nombor.
§  Berat, tinggi, pendapatan
§  Nilai sifar menunjukkan tiada


§  Menguji/melaporkan perbezaan min
§  Ujian-t terbahagi kepada 2 iaitu: i) Ujian-t sampel tak bersandar, dan ii) Ujian-t sampel bersandar
§  Contoh 1: Perbandingan skor min Pencapaian (IV) pelajar lelaki dan perempuan (Catatan: sampel tak bersandar kerana lelaki dan perempuan adalah berbeza).
§  Contoh 2: Perbandingan skor min pencapaian pelajar sebelum rawatan/intervensi (pre-test) dan selepas rawatan/intervensi (post-test) (Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana individu yang sama diuji/member skor secara pre-post test).
§  Bagi ujian-t sampel tak bersandar, Ujian-F(Levene Test) dijalankan bagi menguji kehomogenan varians
F = S2 Besar / S2 Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05), maka Hipotesis Nul diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah Homogen. Ujian-t bagi varians yang disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus, ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan: Dalam Kaedah Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan untuk mengimbas kembali pengetahuan lepas.)
§  Dalam satu lengkungan normal, terdapat ±3 s.d (standard deviation).



§  Merujuk kepada ujian-t, pengiraan min adalah mengambil kira varians dan saiz sampel.
§  Semakin besar nilai t, peluang menolak hipotesis semakin besar.
§  Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk menyatakan perbezaan/Menolak Ho):
i.                     Perbezaan min yang besar
ii.                   Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah besar (peluang menolak hipotesis turut besar). n yang besar juga turut memungkinkan penyelidik melakukan type 1 error (menolak hipotesis yang benar).
iii.                  Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil (kemungkinan menolak hipotesis adalah sangat rendah). Dan, bagi varians yang kecil pula, t akan menjadi besar (kemungkinan menolak Ho adalah tinggi).
NOTA:
Type I error (Ralat Jenis I): Berlaku apabila seorang penyelidik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan wujud,  meskipun ia tidak wujud; Ia bermaksud tidak betul menolak sesuatu hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut betul.
Type II error (Ralat jenis II): Berlaku apabila seorang penyeldik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan tidak wujud, meskipun sebenarnya ia wujud!; Ia bermaksud menerima hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut salah .

Andaian ujian-t;
ü            Data (IV) mestilah continuous bersifat interval
ü            Taburan data adalah normal
ü            Cerapan yang dilakukan adalah bebas
ü            Kehomogenan varians


CONTOH: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua kanan mengikut jantina?

-          untuk mengukur kualiti peribadi tersebut, pastikan data bagi soalan kajian tersebut telah d compute [ (b01+b02+…bn)/n ].
-          Dalam aplikasi SPSS tersebut, klik/ikut langkah berikut:

Analyze>Compare Means>Independent-Samples T Test

Pilih ‘minkualitiperibadi’ utk dimasukan ke dalam ‘Test Variable(s)’; dan ‘Jantina Pengetua’ diletakkan dalam ‘Grouping Variable’.

-          Pada output SPSS, perhatikan jadual seperti di bawah,



Catatan:
-          Std.Error Mean yg besar = ralat besar
-          Perhatikan keputusan Levene’s Test
·         α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error (menolak Ho yang benar) adalah 5%.

Jadual di atas (Levene’s test) menunjukkan, p=0.66; >0.05, maka Ho diterima (tidak signifikan). Ini membuktikan bahawa data adalah homogenus.

Oleh yang demikian, baca nilai t bagi ‘Equal variances assumed’ (pooled).

[Kaedah mudah utk ingat baca nilai t yang mana satu!...nilai p>0.05(p besar), baca nilai ATAS. Nilai p<0.05 (p kecil), baca BAWAH…]

F=ujian varians 2 kumpulan
T=perbandingan mean 2 kumpulan

***Keputusan ujian-t di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi antara pengetua lelaki dan perempuan.


Daripada output spss, terjemahkan dalam bentuk jadual untuk dilaporkan dalam laporan kajian. Contohnya seperti berikut:


Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina
Jantina
Bil.
Min
Sisihan Piawai
Nilai-t
Tahap Signifikan
Lelaki
549
4.264
0.581
0.801
0.423
Perempuan
662
4.290
0.554




Laporan 1:
Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.

Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.

Laporan 2:
Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (min=4.290).


Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.



Alhamdulillah…begitulah serba sedikit ilmu yang dapat dipelajari dalam kelas Analisis Data pada minggu yang ke-7 (28 Okt 2011) hasil bimbingan Dr. Jamil Ahmad.
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Kepada semua pelajar PISMP tahun akhir


  • Anda diingatkan sebelum anda menganalisis data kajian pastikan anda tahun kenapa analisis yang dipilih digunakan berserta rasionalnya.

  • Buat interpretasi data yang diperolehi dengan memberikan huraian terhadap kenapa/kemungkinan/sebab data tersebut diperoleh

  • Semasa jumpa supervisor sertakan senarai semak dan borang kolaborasi 


Selamat menganalisis data

Isnin, 23 Julai 2012

Latihan Document Map


CONTOH


APLIKASI DOCUMENT MAP DALAM DRAF KAJIAN
IDARMAWATI AHMAD

ABSTRAK
Document map merupakan aplikasi dalam word yang jarang digunakan oleh para penulis yang baru menceburi bidang penulisan. Document map berfungsi untuk memudahkan proses pengeditan laporan kajian.
ABSTRACT
Document map is an application of the word that is rarely used by new writers involved in writing. Document map editing functions to facilitate the study report.













BAB 1

PENGENALAN

1.1       PENDAHULUAN
Document Map merupakan sebuah panel berbentuk vertikal di sebelah kiri tetingkap dokumen yang menampilkan outline dari heading dalam dokumen. Heading pada dokumen berbentuk tajuk mengikut bab, tajuk dan  subtajuk dan sebagainya.
1.2       OBJEKTIF
            1.2.1    Objektif 1
            Memudahkan proses pengeditan.
            1.2.2    Objektif 2
            Mempercepatkan proses pengeditan
           





BAB 2

APLIKASI

2.1       Masalah Pengeditan Kajian
2.1.1    Masa
Masa pengeditan yang  panjang diperlukan untuk mengedit dokumen yang mempunyai muka surat yang panjang.
2.1.2    Scroll
Pengeditan yang biasa menyebabkan scroll dokumen yang hendak diedit diperlukan, justeru proses scrolling akan melambatkan pencarian bahagian yang hendak diedit.











BAB 3


PROSES


3.1       Langkah-Langkah Menggunakan Document Map:

3.1.1    Langkah 1
Pertama semua heading dalam dokumen harus diformat dengan heading style agar Document Map dipamerkan.

3.1.2    Langkah 2
Selanjutnya untuk menampilkan Document Map,bersama butang heading 1,2,3,4…

3.1.3   Langkah 3
Pada View tab, Show/Hide group, centang kotak Document Map.

3.1.4   Langkah 4
Klik kanan pada heading di dalam Document Map dan pilih level heading yang ingin ditampilkan.


3.1.5    Langkah 5
Klik heading yang diinginkan pada Document Map. Insertion point pada dokumen akan berpindah ke heading yang dipilih.
3.1.6    Langkah 6
Untuk menutup Document Map, klik simbol X pada kanan atas Document Map pane.







BAB 4
FAEDAH

4.1       Faedah-Faedah Menggunakan Document Map

            4.1.1    Faedah 1
Mempercepatkan proses pengeditan.

            4.1.2    Faedah 2
Memudahkan penulis membuat isi kandungan.

            4.1.3    Faedah 3
Menyeragamkan penulisan.

            4.1.4    Faedah 4
Dengan menggunakan Document Map, kita dapat melakukan pengeditan dengan cepat dalam dokumen yang banyak muka surat tanpa harus bersusah payah melakukan scroll.











RUJUKAN
computer1001.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated

            

Ahad, 15 Julai 2012


Aplikasi Kaedah Potongan Kertas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Dalam Tajuk Sistem Solar di Sekolah Teaching School

Idarmawati Binti Ahmad
Jabatan Sains

ABSTRAK

Kemahiran Abad ke-21 memerlukan guru member pendedahan kepada murid dengan pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun dalam era ledakan maklumat serta dunia tanpa sempadan proses pemerolehan ilmu merupakan asas utama untuk menjana pembangunan sumber manusia yang berkualiti merupakan aset utama dalam menentukan kekuatan sesebuah negara atau masyarakat. Selaras dengan itu pelbagai cara penerapan ilmu diusahakan bagi memaksimumkan pemindahan ilmu di kalangan pelajar sekolah. Kajian ini bertujuan untuk  meneliti suatu konsep belajar melalui Kaedah Potongan Kertas dalam meningkatkan kefahaman dalam sains. Selain itu kajian ini juga mengkaji pesepsi dan motivasi murid terhadap kaedah yang diperkenalkan. Dapatan kajian ini mendapati berlaku peningkatan pencapaian yang positif dan didapati kaedah ini dapat memberi motivasi kepada murid untuk belajar sains. Sehubungan itu juga Kaedah Potongan Kertas dapat membantu murid untuk memahami konsep sains dengan cara pembinaan konsep. Ia juga dapat memberi tahap kefahaman yang mendalam tentang isi serta melibatkan pelbagai cara komunikasi di antara murid. Cara ini membolehkan murid bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.


Pendahuluan
Senario pendidikan kini amat memerlukan guru-guru sains yang kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif, inovatif dan kreatif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang untuk mencipta, menghasilkan dan memperkembang sesuatu. Inovatif pula ialah kebolehan seseorang untuk memulakan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan atau sebagainya (Jamaludin, 2000). Menurut Albion (1999) daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para murid. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran sains Tina (2002). Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat untuk belajar Allinder (1995). Kelemahan ini berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang lebih banyak diorientasikan oleh keperluan peperiksaaan dan menghabiskan sukatan pelajaran (Irfan Naufal, 2003). Malah ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam pengajaran sains di sekolah menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan Tina (2002).

            Sains bukanlah satu mata pelajaran yang statik, tradisional, mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan deskriptif seperti yang difahami oleh kebanyakan murid. Sehubungan itu, guru sains perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pemerolehan ilmu adalah tonggak kepada pembangunan sumber manusia dalam sesebuah Negara. Sumber manusia yang berilmu, progresif dan inovatif merupakan aset utama yang perlu dijana bagi membentuk kekuatan negara tersebut.

Sebaik dan secanggih manapun sesuatu kaedah atau strategi jika ia berterusan dalam setiap pengajaran tetap akan membosankan murid, oleh itu strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan. Dalam menyahut cabaran ini Kaedah Potongan Kertas yang telah diperkenalkan oleh Al-mukmin (2008) diaplikasikan dalam tahap, kumpulan dan tajuk yang berbeza di lokasi kajian dengan tujuan perkongsian ilmu. Kaedah Potongan Kertas adalah berasaskan Teori Pemodelan Bandura (1986) yang memfokuskan empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. Malalui kajian ini murid akan diberi permodelan dalam bentuk potongan kertas semasa pembelajaran tajuk sistem solar.  Sistem solar merupakan tajuk yang abstrak dan murid perlu membanyangkannya, oleh itu teori permodelan diperlukan untuk  pemahaman konsep (Arends, 1997).


Penyataan Masalah
Pembelajaran sains adalah rumit dan kompleks disebabkan sebahagian besar daripada konsep-konsep sains itu sendiri amat abstrak, tambahan pula dengan perwakilan konsep-konsep itu dalam bahasa matematik (Zurida et.al., 2006). Pada umumnya, model transmisi dalam pengajaran diterima dan dianggap sesuai dalam sains kerana sains dipercayai mempunyai jawapan yang benar, boleh dicari dan ditemui manakala tugas guru hanya menyalurkan pengetahuan ini kepada murid. Walau bagaimanapun, model transmisi ini tidak dapat menjelaskan kegagalan murid dalam aspek-aspek tertentu pembelajaran seperti kreativiti, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Gagne, 1985; dalam Zurida et.al., 2006). Dalam amalan lazim, murid selalunya melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran  secara pasif seperti menghafal maklumat, menyiapkan lembaran kerja, dan memuntahkan semula pengetahuan dalam ujian bertulis. Akibatnya murid menghafal maklumat tanpa memahami prinsip sains yang terlibat dan tidak mampu mengaplikasi maklumat dalam fenomena yang sebenar (Eylon & Linn, 1988; dalam Scott et.al., 1998). Pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran sains cenderung membawa kepada kebosanan, kekecewaan dan persepsi negatif terhadap sains. Malah hasil kajian menunjukkan bahawa semakin banyak murid mengalami pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan tradisional semakin kurang motivasi mereka untuk meneruskan cita-cita atau kerjaya dalam bidang sains (Yager & Penick, 1986; dalam Scott et.al., 1998).

Murid menghadapi masalah yang besar dalam memahami konsep dan proses sains yang kompleks dan abstrak yang selalunya melibatkan istilah yang baru, urutan serta saling berkaitan antara satu dengan lain. Masalah ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam skrip jawapan experimen sains juga semasa penyoalan secara lisan di dalam kelas. Kesukaran tersebut menyebabkan murid tidak dapat membuat gambaran mental (pengabstrakan) tentang konsep dan proses yang dipelajari. Akhirnya mereka kurang bermotivasi malah sebahagiannya tercicir dalam pembelajaran. Jika mereka belajar sekalipun, lazimnya mereka hanya menggunakan pendekatan tradisional secara baca dan hafal. Pendekatan tradisional kurang berkesan khususnya bagi tajuk-tajuk yang abstrak dalam sains. Keadaan ini menyebabkan murid kurang berminat dalam sains dan membuat persepsi bahawa sains susah kerana terlalu banyak teori dan konsep yang perlu dihafal (Al-Mukmin, 2008).


Kajian ini amat  penting dalam menghasilkan pengajaran pembelajaran menggunakan Kaedah Potongan Kertas yang boleh membantu para guru dan murid untuk memahami teori dan konsep sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti. Kajian aplikasi potongan kertas telah dilakukan dalam subjek Biologi sekolah menengah dengan kejayaan yang positif oleh                   Al-Mukmin (2008). Oleh itu pengkaji ingin mengkaji keberkesanan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah dengan berasaskan Teori Permodalan Bandura kerana pemahaman konsep asas sains perlulah dari sekolah rendah seperti kata pepatah ”kalau hendak mengajar anak biarlah dari rebungnya”.

Tujuan Kajian
Mengaplikasikan Kaedah Potongan Kertas dalam pengajaran dan pembelajaran sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti untuk peningkatan kefahaman pelajar dalam memahami teori dan kaedah sains.

Objektif Kajian
      i.        Meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk-tajuk sains yang dikenalpasti.
     ii.        Memotivasikan murid untuk mempelajari sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti. 

Persoalan Kajian
      i.        Adakah Kaedah Potongan Kertas dapat meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti.
     ii.        Adakah Kaedah Potongan Kertas dapat memotivasikan murid dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti.

Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini akan menjadi asas kepada alternatif kepada kaedah-kaedah yang yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini juga merupakan kaedah yang boleh diaplikasikan untuk membantu murid-murid dalam akademik dan motivasi terutama pada tahap sederhana dan lemah dalam memahami teori dan konsep sains.

Tinjauan Literatur
Kementerian Pendidikan di Malaysia sentiasa berusaha dalam melahirkan tenaga manusia kelas pertama. Sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar yang lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan Negara (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006).


Dalam menghasilkan kajian ini beberapa penelitian tentang hasil kajian serta penulisan terdahulu berkaitan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada Teori Pemodelan Bandura (1986). Dapatan kajian Christopher (1984) menyatakan prinsip hafalan dalam pembelajaran pelajar masyarakat Jepun, sama dititikberatkan dengan kefahaman dan aplikasi maklumat. Berdasarkan dapatan tersebut Chirstopher sangat menyokong teori permodelaran untuk tujuan hafalan sebelum proses pemahaman yang kekal. Kaedah Potongan Kertas menekankan proses pemahaman melalui permodelan selaras dengan pendapat Faridah et al. (2005) yang menyatakan pengajaran konsep mesti dititikberatkan kerana kajian telah membuktikan bahawa pelajar yang mempunyai kefahaman konsep pada peringkat awal akan “perform best on procedural knowledge later”. Penyelidikan juga membuktikan pengajaran yang menekankan teaching for meaning mempunyai kesan positif ke atas pembelajaran, termasuk “better initial learning, greater retention and an increased likelihood that the ideas will be used in new situations” Sowell (1989). Konsep Kaedah Potongan Kertas berasaskan kepada pemindahan ilmu dari konkrit ke abstrak, kerana hasil kajian Musa, et. al. (1994) mendapati penggunaan bahan konkrit dalam jangka masa panjang oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sikap mereka. Proses Kaedah Potongan Kertas membolehkan ulangan dibuat oleh murid sehingga kefahaman terhadap konsep terbina dalam situasi yang menyeronokkan, bersesuaian dengan hasil kajian  Faridah et al. (2005) yang mendapati bahawa guru perlu menggunakan banyak contoh bagi menerangkan konsep terutama konsep asas kerana berdasarkan laporan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002), pencapaian pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran yang masih lagi bersifat tradisional seperti terlalu banyak menggunakan kaedah syarahan kurang menarik minat dan perhatian malah membosankan pelajar, guru yang kurang komited dan kreatif, tiada hubungan yang akrab antara guru dengan pelajar, dan guru tidak membantu mengatasi masalah pelajar. Manakala  Gerstner et.al., (1994) berpendapat bahawa “Nothing happens in school unless students want to learn”, oleh itu  menurutnya untuk mewujudkan pelajar yang ingin belajar, elemen keseronokan belajar harus wujud dan guru sebagai agen perubahan perlu berupaya menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan (make learning fun).

Ciri-ciri pembelajaran Kaedah Potongan Kertas juga berasaskan ciri-ciri pembelajaran yang berasaskan projek dan teori pembelajaran Konstruktivisme yang berorentasikan pendekatan seperti berfokuskan murid dengan cara meneroka sendiri, membolehkan pelajar dalam persekitaran yang bebas, seronok dalam membuat pilihan berkaitan, menggunakan kaedah pengalaman hands-on. memberi pemahaman yang tinggi melalui minds-on, membolehkan rujukan, cubaan oleh semua pelajar dan boleh melibatkan pelbagai mod komunikasi dimana guru sebagai fasilitator. Aplikasi kaedah ini dalam pembelajaran membolehkan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri, pelajar merasa pembelajaran sebagai kepunyaan sendiri dan menggalakkan pembelajaran yang bermakna Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).


Metodologi Kajian

Kerangka Teoritikal
Kajian ini adalah berasaskan Teori Pemodelan Bandura yang menekankan pembelajaran melalui peniruan atau pemodelan serta pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (Bandura, 1986). Terdapat empat unsur utama dalam teori ini iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan melalui motivasi. Hasil kajian Bandura dan Walters (dalam Faridah et al. 2005) mendapati kanak-kanak belajar melalui peniruan model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Teori ini juga mendapati bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis juga menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Berdasarkan kepada Teori Pemodelan Bandura Kaedah Potongan Kertas diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains untuk membantu murid untuk memahami tajuk-tajuk sains khususnya tajuk-tajuk yang abstrak. Kaedah Potongan Kertas memberikan pembelajaran permodelan melalui potongan kertas yang diberikan dalam bentuk tugasan individu dan kumpulan.

Rekabentuk kajian
Kajian ini berbentuk kajian  kes dan laporan kajian dalam bentuk deskriftif kualitatif. Aplikasi Kaedah Potongan Kertas dijalankan di dalam Tahun 4 kelas Teaching School manakala dalam kelas Tahun 4 Biasa kaedah yang dijadikan kawalan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran selain Kaedah Potongan Kertas dalam tajuk yang sama.

Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 25 orang  murid Tahun 4 Kelas Teaching School dan          25 orang murid Tahun 4 dalam Kelas Biasa yang dijadikan sebagai kawalan. Kedua-dua kelas mempunyai aras kognitif yang hampir sama.


Instrumen kajian
Instrumen pertama kajian menggunakan ujian prestasi mengikut tajuk yang diajar. Soalan digubal oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007) dan berdasarkan Aras Bloom Bloom (1987). Instrumen kedua dibina oleh pengkaji sendiri bertujuan untuk meninjau pesepsi dan motivasi dan tanggapan murid terhadap kaedah yang diperkenalkan kepada murid dalam bahasa yang mudah difahami.  Hasil kajian rintis terhadap instrumen kedua didapati nilai Cronbach Alpha adalah 0.77. Tempat kajian ini dijalankan ialah SK. Bukit Queen Tawau yang merupakan sekolah angkat IPG Kampus Tawau.  Tempat ini dipilih berdasarkan kesesuaian tajuk kajian dan lokasinya yang strategik untuk menjalankan pelbagai projek atau siasatan yang melibatkan beberapa pencapaian murid dalam sains.

Analisis Data
Penganalisaan data kualitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif (Sulaiman, 1996). Statistik deskriptif dibuat dengan cara menentukan peratusan tahap kemudahan dan perkhidmatan yang dikehendaki, dan peraturan yang dicadangkan oleh pelajar.

Dapatan Kajian

Data Demografi Populasi Kajian
Data demografi kajian terdiri dari semua murid Tahun 4 pada Tahun 2010 yang terdiri daripada dua kelas iaitu satu kelas Tahun 4 Kelas Teaching School dan satu kelas Tahun 4 untuk Kelas Biasa di  SK. Bukit Queen yang merupakan Sekolah Angkat IPG Kampus Tawau. Pelajar terdiri dari 28 orang murid perempuan dan 22 orang murid lelaki.

Dapatan Kajian

Dapatan dan Perbincangan Kajian
Berdasarkan keputusan Ujian t didapati nilai t kiraan (data) adalah lebih besar berbanding nilai t jadual pada darjah kebebasan 30 (Jadual 1). Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.01) di antara pencapaian Kelas Teaching School dan Kelas Biasa. Ini membuktikan bahawa pembelajaran menggunakan Kaedah Potongan Kertas secara signifikannya dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar.


            Jadual 1.         Min, Sisihan Piawai dan Nilai Ujian t Antara 
                                    Kelas biasa (kawalan) dan Kelas Teaching School (Experiman)

Nilai

Kelas Biasa
Kelas Teaching School

Min
58.7820
47.5938
Sisihan Piawai
20.0432
18.6453



Nilai  t
3.552

                        Nilai  t (0.01, 30)  =  2.750

Analisis Pencapaian Prestasi Tugasan Murid
Analisis prestasi menunjukkan tahap pencapaian di antara Kelas biasa dan  Kelas Teaching School  dalam tugasan 1 hingga tugasan 5 mengikut tahap pencapapian mengikut kategori rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam Jadual 2 dan Jadual 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prestasi murid dalam kelas Teaching School lebih tinggi berbanding di dalam kelas biasa. Dapatan kajian Tina (2002) juga selaras dengan dapatan kajian ini bahawa pendekatan konstruktivis lebih berkesan berbanding pendekatan langsung dalam pencapaian sains. Perbandingan min pencapaian untuk kedua-dua kelas seperti dalam Rajah 1.

Jadual 2.  Markah Perestasi Tugasan Kelas Teaching School


Skor

Tahap
Pencapaian
Kumpulan N=25


Tugasan 1
Tugasan 2
Tugasan 3
Tugasan 4

0 - 40
Rendah
 (42%)
 (39%)
 (12%)
 (23%)
41 - 70
Sederhana
 (52%)
 (48%)
 (65%)
 (61%)
71 - 100
Tinggi
 (6%)
 (13%)
 (23%)
 (16%)


Jadual 3.  Markah Perestasi Tugasan Kelas Biasa


Skor

Tahap
Pencapaian
Kumpulan N=25


Tugasan 1
Tugasan 2
Tugasan 3
Tugasan 4

0 - 40
Rendah
 (32%)
 (20%)
 (8%)
 (18%)
41 - 70
Sederhana
 (42%)
 (22%)
 (25%)
 (15%)
71 - 100
Tinggi
 (0%)
 (2%)
 (5%)
 (3%)


Rajah 1:  Min Pencapaian Prestasi Murid dalam Kelas Teaching School
Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah Potongan Kertas (KPK)
Jadual 4 menunjukkan analisis lengkap persepsi murid dalam Kaedah Potongan Kertas dalam Kelas Teaching School. Min terbaik adalah 3.87 (aktiviti ini membolehkan saya bersaing dengan kumpulan lain), 368 (aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar) dan 3.38 (Menyeronokkan saya untuk belajar tajuk yang diajar). Min yang rendah adalah 2.19 (aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan prestasi pelajar yang diukur melalui tugasan dalam bentuk penyelesaian masalah yang diberikan mengikut kumpulan. Dapatan kajian selaras dengan dapatan kajian oleh John (2008) yang menggunakan pendekakatan pembelajaran berasaskan projek di sekolah Teaching School. Peratus Persepsi keseluruhan seperti dalam Rajah 2.


            Jadual 4.   Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah Potongan Kertas  (KPK)


Pernyataan
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Min
Sisihan Piawai
(A1) Menyeronokkan saya untuk belajar tajuk yang diajar
1
(3.23%)
1
(3.23%)
14
(45.16%)
15 (48.39%)

3.38
0.72

(A2) Aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar


3
(9.68%)

19
(61.29%)

9
(29.03%)

0
(0%)


2.19


0.60
(A3) mempercepatkan saya faham tajuk yang diajar
0
(0%)
7 (22.58%)
10 (32.26%)
14 (45.16%)

3.23

0.80

(A4) Aktiviti yang dijalankan membolehkan saya berbincang dengan kawan dalam pelbagai cara komunikasi

5
(16.13%)

13
(41.94%)

11
(35.48%)

2
(6.45%)

2.32

0.83

(A5) Aktiviti ini dapat mengaktifkan saya

4
(12.90%)

2
(6.45%)

19
(61.29%)

6
(19.35%)

2.87

0.88

(A6) Memudahkan saya memahami sains

0
(0%)

       1
(3.23%)

8 (25.81%)

22 (70.97%)

3.68

0.54

(A7) Aktiviti ini membolehkan saya bermain sambil belajar

3
(9.68%)

10
(32.36)

11
(35.48%)

7
(22.58%)

2.71

0.94

(A8) Aktiviti ini memudahkan saya mengingat apa yang saya belajar

3
(9.68%)

6 (19.35%)

9 (29.03%)

13 (41.94%)

3.03

1.02

(A9) Aktiviti ini membolehkan saya bersaing dengan kumpulan lain


0
(0%)

0
(0%)

4
(12.9%)

27 (87.10%)

3.87

0.34
(A10) Aktiviti ini memotivasikan saya untuk belajar sains

3
(9.68%)

9
(29.03%)

14
(45.16%)

5
(16.13%)

2.68

0.87


                                              Rajah 2:  Peratus Persepsi Keseluruhan

Rajah 3 merupakan peratus pecahan mengikut jantina bagi keempat-empat skala yang telah dinyatakan. Pelajar perempuan mencatat peratus yang paling tinggi untuk skala 3 iaitu setuju sebanyak 22.26%. Manakala Pelajar lelaki mencatat 18.71% untuk peratus tertinggi  bagi skala sangat setuju. Bagi skala 1 atau sangat tidak setuju responden perempuan mencatat peratus paling rendah iaitu 2.26% sahaja sedangkan responden lelaki mencatat 4.84% untuk kategori yang sama. Dapatan ini menunjukkan murid perempuan lebih gemar melalukan kaedah ini berbanding murid lelaki. Dapatan ini selaras dengan teori konseptual mengikut jantina yang mengatakan murid perempuan memerlukan permodelan untuk memahami konsep abstrak berbanding murid lelaki kerana murid lelaki mempunyai penguasaan pemikiran tiga demensi yang lebih tinggi daripada murid perempuan (Abdul Rashid, 2008). Daya konsentrasi antara pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza. Kajian menunjukkan daya konsentrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki (Zalizan, 2001). Bagi mencapai celik belajar di kalangan pelajar lelaki, guru perlu lebih prihatin kepada pendekatan mengajar yang lebih sesuai kepada “learning style of boys”.

                
                                 Rajah 3:  Taburan Peratus Responden Mengikut Jantina


Kesimpulan
Pembelajaran secara Kaedah Potongan Kertas pada keseluruhannya berkesan dalam subjek sains dari aspek peningkatan prestasi dan motivasi murid dilokasi kajian. Kajian ini boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain dalam sains yang berasaskan kepada konsep permodelan. Pemahaman konsep sains yang diasaskan dari teori-teori yang pelbagai memerlukan pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi. Guru-guru sains perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru sains seharusnya mempunyai keyakinan untuk mencuba pelbagai kaedah, strategi atau model dalam pengajaran bagi meningkatkan “outcomes” dan keberkesanan pengajaran. Kepelbagain pembelajaran murid dalam satu kelas juga perlu diambil kira oleh para pendidik oleh itu kaedah ini perupakan salah satu alternatif yang boleh diaplikasikan.


Rujukan

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008). Guru Sebagai Penyelidik. PTS Professional Publishing.

Abdul Rashid Abdul Rahman (2008). Pendekatan Tiga Dimensi Multimedia Bagi Meningkat Kemahiran Visualisasi Spatial Di Kalangan Pelajar Kognitif Rendah Dalam Tajuk Pelan Dan Dongakan. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).\

Albion, P.R. (1999). Self efficacy beliefs as an indicator of teachers’ preparedness for teaching with technology. Association for the advancement of computing in Education.: http://www.usq.edu.au/users/albion/paper/site99/html

Allinder, R.M. (1995). An examination of the relationship between teacher efficacy and curriculum-based measurement. Remedial & Special Education. Jul. 99, Vol. 16:P.247.

Al-Mukmin Al-Kanta (2009). Kajian Tindakan Aktiviti Potongan Kertas dalam meningkatkan pencapaian murid. Kertas Cadangan Inovasi SMK. Agaseh Lahad Datu.

Arends R, I. (1997). Learning to Teach. 6th Edition. Guide to Field Experiences and Portfolio Development.

Badura A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Teory. 1st edition.

Bhashah bin Abu Bakar (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Edisi Pertama. Syarikat Miharja Sdn. Bhd.

Bloom, A. (1987). The closing of the American mind. Simon & Schuster Inc., New York.

Christopher, R.C. (1984). The Japanese mind: The goliath explained. Pan books. London.

Coladarci,T. (1992). Teachers’ sense of efficacy and commitment to teaching. Journal of experimental education, 60: 323-337.

Corey, S.M., (1953). Action research to improve school practices. New York: Teachers College Press.

Educational Technology Division, Ministry of Education (2006). Project-Based Learning Handbook. Kuala Lumpur, Communications and Training Sector Smart Educational Development Educational Technology Division, Ministry of Education (1-56).

Faridah A. H., Naimah I., Hamidah Y., dan Habibah A.R. (2005). Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Ferrance, E., (2000). Action Research. Northeast and Islands Regional Educational Laboratory at Brown University.

Gerstner, L.V., Semerad, R. D., Doyle, D. P., & Johnston, W.B., (1994). Reinventing education: Entrepreneurship in America’s public schools. Penguin, New York.
Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan. (2004). Pendekatan inkuiri dan pembelajaran berasaskan masalah dalam persekitaran web. Prosiding Teknologi Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.
Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rashud Johar. (2000). Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Percetakan Warni Sdn. Bhd.
John Brodi (2008). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School, Jurnal IPTAR.

Johnson, B.M., (1995). Why conduct action research?. Teaching and Change, 1, 90-105.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).

Kemmis, S dan Mc. Taggart, R., (1988). The action research planner. (3 rd ed.). Geelong, Victoria: Deakin University Press.

Keogh.B.,  Simon. S., Naylor. S., Maloney. J & Downing. B. (2008). Puppets and Engagement In Science. International Journal of Science Education .Jld  30,1229-1244.
Lomax, P., (1994). Change and educational innovation: The case for action research. Ucapan Keynote yang disampaikan semasa di Educational Conference: Inovation in Educatin di USM, Oktober 1994.
Mills, G. E., (2000). Action research: Principles and practice. Routledge London.
Musa Mohamed, Jaohari Mohd. Nordin, Bahiyani Abd. Aziz (1994). Kajian prestasi matematik murid Melayu di luar bandar. Laporan Kajian Tindakan di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1992).
PPK (1999). Kepentingan kajian tindakan. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/penting.htm;

Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil Belajar. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun. Kajian Tindakan Guru, 1, 173-185.
Scott G. Paris; Kirsten M. Yambor; Becky Wai-Ling Packard (1998). Hands-on biology: a museum-school-university partnership for enhancing students' interest and learning in science. The Elementary School Journal, Vol.98 (3). 267(22).
Tina Lim Swee Kim. (2002). Pembelajaran web. Kesan pendekatan konstruktivis berbanding pendekatan langsung terhadap pencapaian sains dan kemahiran berfikir aras tinggi. Tesis Master. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).
Zalizan (2001) Kajian prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem pendidikan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zurida, I., Syarifah Norhaidah, S.I, dan Mohd. Ali, S. (2006). Kaedah Mengajar Sains. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.