Kajian Tindakan & Inovasi P&P

Ahad, 18 November 2012

KKBI SCE3115 PGSR SAINS


A.        Hasil Pembelajaran Kursus :

Di akhir projek, pelajar akan dapat:
1.    Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya.
2.    Menerangkan asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etnik.
3.    Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan.
4.    Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.
5.    Memperoleh kemahiran merancang dan melaksana satu penyelidikan tindakan di sekolah.
6.    Memperoleh kemahiran menulis cadangan, laporan dan artikel penyelidikan tindakan.  Acquire the skills of writing an action research proposal, report and journal article.
7.    Memperoleh kemahiran penulisan penyelidikan tindakan cadangan, laporan dan artikel jurnal.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4, 5, 6 dan 7.

B.        Objektif Kerja Kursus:


1.        Menulis kertas cadangan penyelidikan  tindakan berdasarkan isu-isu terkini dalam pendidikan untuk dilaksanakan di sekolah mengikut  tatacara  penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan (1.1) (1.5), (5.2), (4.1), (5.2), (6.3).
2.        Membuat persembahan dalam pembentangan kertas cadangan penyelidikan
         (1.1) (1.5), (4.1), (5.2), (6.2), (6.3), (6.4), (7.4).

C.          Tugasan Projek (50%)

Penyediaan kertas cadangan penyelidikan tindakan merupakan kerangka asas terhadap pelan tindakan penyelidikan yang akan dijalankan. Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran seorang guru melalui tindakan penambahbaikan yang berterusan, kemahiran membuat kertas cadangan penyelidikan perlu dikuasai. Proses pelaksanaan penyelidikan tindakan secara umumnya melibatkan lima proses bagi satu gelung kajian tindakan iaitu mengenal pasti amalan, perancangan, tindakan, pengumpulan data dan refleksi.  Hasil kertas cadangan penyelidikan tindakan merupakan aplikasi ilmu yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya. Kertas cadangan penyelidikan tindakan yang baik akan memberi impak terhadap kajian yang berkualiti, oleh itu penilaian terhadap kualiti kertas cadangan yang dihasilkan perlu dipersembahkan dalam pembentangan yang dinilai oleh panel yang dilantik oleh institut untuk tujuan penambahbaikan sebelum kajian sebenar dijalankan.

Bahagian A: Kertas Cadangan Kajian Penyelidikan Tindakan

Menghasilkan kertas cadangan kajian berdasarkan tatacara  penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan dalam format panduan penulisan yang telah ditetapkan.

Bahagian B: Pembentangan Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

Tugasan ini mengkehendaki anda untuk membentangkan kertas cadangan penyelidikan dalam pembentangan kertas cadangan penyelidikan yang diorganisasikan untuk tujuan penambahbaikan sebelum kajian sebenar dijalankan.

Bahagian C: Penulisan Reflektif

Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi untuk menganalisis pengalaman yang dilalui semasa menyiapkan kertas cadangan kajian penyelidikan tindakan dan terhadap nilai penambahbaikan yang perlu dilakukan hasil daripadan komen dan cadangan dari panel penilai pembentangan kertas cadangan kajian. Reflesi hendaklah diletakkan dalam bahagian akhir kertas cadangan kajian sebelum senarai rujukan.

D.          Panduan Pelaksanaan Projek

1.            Tugasan ini adalah tugasan individu kecuali dalam mengorganisasikan pembentangan kertas cadangan kajian penyelidikan tindakan.
2.            Format penulisan tugasan seperti berikut:
2.1          Format Panduan Laporan Kajian Tindakan IPG KPM.
2.2          Log Disertasi IPG Kampus Tawau.
2.3       Font New Times Roman dengan Saiz huruf -12
2.4       3.3       Langkah 1.5 baris
2.5       Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.         Panjang tugasan antara 30-40 muka surat tidak termasuk lampiran.
4.         Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
5.         Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja kursus.
6.         Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 6 minggu.
7.         Tugasan ini membawa markah dan wajaran 50%.


E.         Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut:

1.             Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2.            Tugasan anda haruslah berdasarkan Format Panduan Laporan Kajian Tindakan IPG KPM dan 
Log   Disertasi IPG Kampus Tawau.
3.            Bahan bukti seperti bahan rujukan, data dan analisis data kajian hendaklah dikemukakan
         kepada penyelia.
4.            Melakukan kolaborasi bersama penyelia, pensyarah dan rakan.
5.            Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
6.            Format dan organisasi kertas cadangan perlu jelas, kematangan hujah dan koheren.
7.            Penulisan kertas cadangan kajian harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang 
         sesuai, cara mengumpul data bersesuaian dengan intervensi yang dan tindakan yang akan 
         dijalankan serta tiada kesalahan ejaan.
8.            Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-\
         kurangnya 30 sumber).

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.



Disediakan oleh:                                                                                 Disahkan oleh:
(IDARMAWATI AHMAD)                                                                (LINA THOMAS @TUPANG)
Penyelaras Kursus SCE3115                                                             Ketua Jabatan Sains
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan          Jabatan Sains
IPG Kampus Tawau                                                                           IPG Kampus Tawau
Tarikh:                                                                                                 Tarikh:


ISI KANDUNGAN TESIS KAJIAN TINDAKAN 2013 IPG KAMPUS TAWAU

MUKA HADAPAN (single spacing tajuk kajian dalam bentuk piramid terbalik, nama pengkaji, tujuan kajian, institusi, tahun kajian dijilidkan)

PENGESAHAN PENYELIA                                                                                                                          

PENGAKUAN                                                                                                                                                    

DEDIKASI                                                                                                                                          

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

1.0          PENDAHULUAN
                1.1          Pengenalan
                1.2          Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu (berserta sorotan literatur kajian)
                1.3          Refleksi Nilai Pendidikan (berserta sorotan literatur kajian)
2.0          FOKUS KAJIAN
                2.1          Pengenalan (berserta sorotan literatur kajian)
                2.2          Isu dan Penyataan Masalah Kajian (berserta sorotan literatur kajian)
                2.3          Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan dengan Isu Kajian
3.0          OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
                3.1          Tujuan Kajian
                3.2          Objektif Kajian
                3.3          Persoalan Kajian
4.0          METODOLOGI KAJIAN
                4.1          Kumpulan Sasaran Kajian
                4.2          Reka Bentuk Kajian (berserta sorotan literatur kajian)
                4.3          Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan
                4.3          Kaedah Pengumpulan Data Kajian (berserta sorotan literatur kajian)
                4.4          Cara Menganalisis Data Kajian (berserta sorotan literatur kajian)
5.0          ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
                5.1          Dapatan Kajian
              5.2            Perbincangan Dapatan Kajian Bersama Sorotan Literatur Terhadap Kajian Berkaiatan
6.0          TINDAKAN SUSULAN
6.1          Refleksi dan Implikasi Dapatan Kajian
6.2          Rumusan dan Cadangan Kajian Selanjutnya

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

Selasa, 23 Oktober 2012

MENGAPA PERLU MENULIS?


Menulis bukan satu kerja yang mudah. tidak digemari dan bagi setengah orang ia amat membebankan. Ringkasnya bagi ramai orang ia memang satu kerja yang payah. Pada paradigma setengah orang, menulis perlukan kemahiran, idea, kreativiti dan bermacam-macam lagi. Akhirnya mereka menilai menulis sebagai sesuatu yang amat asing bagi diri mereka.

Saya dan juga rakan-rakan di jabatan  juga antara mereka yang berpandangan sedemikian. Dahulu memang begitulah pandangan kami. Kami cuma minat membaca. Menulis, minta maaf!. Namun bermula dengan program ‘one lecturer one paper’ maka bermulalah langkah pertama kami. Walaupun dalam program tersebut kami dikerah secara wajib untuk menulis. Sangat janggal dan kekok rasanya!.

Bermula dari program tersebut maka bermulalah paradigma baru dalam pandangan kami. Terutama ketika melihat rakan-rakan membentang dalam seminar akhir pengajian saya. Pendedahan kepada dunia di luar sana menghadirkan saya bermacam idea dan keinginan untuk menulis apa yang saya tahu dan apa yang saya alami.

Lalu saya cuba memupuk minat itu dengan menulis blog. Medium yang tidak asing lagi bagi ramai orang. Cuma saya tidaklah seaktif blogger-blogger hebat di luar sana. Penulisan saya juga tidaklah sehebat mereka. Namun itu tidak pernah memudarkan semangat saya.

 Apa yang saya harus akui cuma momentum saya dalam menulis tidak menentu. Terkadang cukup tinggi, dan kadang-kadang langsung tiada. Akhirnya laman peribadi saya ini usang bersarang.

 Tapi saya mula gilakan kerja menulis ini.

 Kenapa perlu menulis??

Tidak payah untuk menjawabnya. Cuma ingat pesan Rasullullah SAW, " sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

 Ia merupakan satu kewajipan.

Sebagai seorang muslim, dakwah kepada kebaikan, kepada Islam adalah kewajipan kita. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis. Jarang ada yang mampu turun padang berdakwah ke sana ke mari. Sukar juga untuk ramai di kalangan kita berdakwah di masjid atau surau memberi tazkirah atau ceramah. Lagi payah untuk seseorang pergi dari rumah ke rumah untuk menyampaikan seruan dakwah.

Jadi, menulislah jalannya. Benar, ia tidak semudah yang dikata. namun, jika betul caranya ia jalan paling mudah dan antara paling berkesan untuk sampai kepada sasaran.

Mengambil kata sifu-sifu penulisan, " kemahiran menulis itu boleh diasah dan dibentuk".

Menulis juga merupakan amal jariah kita yang boleh menjadi bekal di akhirat sana. Tapi syaratnya yang ditulis itu perlulah bernada kebaikan. Mengajak kepada yang makruf, menjauhkan dari yang mungkar.

 Rasullullah SAW pernah mengingatkan, bila terputusnya nyawa anak Adam itu, terputuslah segala amalannya kecuali beberapa perkara. Antara lainnya ilmu yang dimanfaatkan. Bagaimana memanfaatkan ilmu? Jawapannya hanya dengan menulis. Moga-moga tulisan kita kekal. Menjadi pedoman buat generasi baru dan menjadi bekal buat kita yang pergi dahulu.

Saya cukup teruja apabila memikirkan bagaimana para ilmuan Islam dahulu mampu menerbitkan berjudul-judul serta berjenis-jenis buku. Mereka cukup produktif. Apa yang mendorong mereka agaknya?

Sudah tentu matlamatlah puncanya. Matlamat yang memberi mereka upaya, selain daripada izin Allah SWT. Cita-cita mereka sudah tentu untuk menyebar-luas ilmu yang mereka ada. Mereka mahu seruan Islam tersebar ke seluruh ceruk alam melalui tulisan mereka. Jadi, kenapa tidak kita mencontohi mereka?

Kenapa kita perlu menulis?

Soallah kepada diri kalian.

Jika sudah ada jawapannya, bermulalah dengan segera. Jangan ditangguh kerja-kerja kebaikan itu. Kerana jika ditangguh, pasti menjadi 'tapai'. Manis-manis masam jadinya.

Bermulalah dengan mewujudkan blog. Tulislah apa sahaja yang kalian rasakan.

Selamat berjaya. Mari kita sama-sama berjalan di atas landasan dakwah ini.

Moga semua beroleh keberkatan, Insyaallah.

 

Ahad, 29 Julai 2012


ANALISIS INFERENSI- UJIAN-T (T-Test)

Dependent Variable (DV)
Data diskret (nominal/ ordinal)
Independent Variable (IV)
Data continuous (Interval/ ratio)
Jenis Ujian
Perbezaan Min
1 DV
(2 kategori/ kumpulan; cth. Lelaki/Perempuan, Bandar/ Luar Bandar)
1 IV
(cth. Pencapaian, self-esteem)
Ujian-t
1 DV
(3 kategori/kumpulan: cth.Aliran Sains tulen/sains social/sains kesihatan)
1 IV
One-way ANOVA
2 DV
1 IV
2-way ANOVA
1 DV
2 atau Lebih IV
One-way MANOVA
2 atau Lebih DV
2 atau Lebih IV
MANOVA
Jenis-jenis Data
1.       Nominal
§  Aras paling rendah
§  Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan
§  Jantina, nombor KP, jenis sekolah, kod buku
2.       Sela
§  Nombor menunjukkan kuantiti
§  Jarak sekata antara nombor.
§  Suhu, markah ujian, IQ
§  Nilai sifar arbitrari
3.       Ordinal
§  Pengkelasan mengikut pemeringkatan
§  Nombor menunjukkan kuantiti; jarak tidak sekata
§  Kedudukan dalam kelas, penarafan, kemahiran bertutur, ranking
4.       Nisbah
§  Nombor menunjukkan kuantiti
§  Jarak sekata antara nombor.
§  Berat, tinggi, pendapatan
§  Nilai sifar menunjukkan tiada


§  Menguji/melaporkan perbezaan min
§  Ujian-t terbahagi kepada 2 iaitu: i) Ujian-t sampel tak bersandar, dan ii) Ujian-t sampel bersandar
§  Contoh 1: Perbandingan skor min Pencapaian (IV) pelajar lelaki dan perempuan (Catatan: sampel tak bersandar kerana lelaki dan perempuan adalah berbeza).
§  Contoh 2: Perbandingan skor min pencapaian pelajar sebelum rawatan/intervensi (pre-test) dan selepas rawatan/intervensi (post-test) (Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana individu yang sama diuji/member skor secara pre-post test).
§  Bagi ujian-t sampel tak bersandar, Ujian-F(Levene Test) dijalankan bagi menguji kehomogenan varians
F = S2 Besar / S2 Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05), maka Hipotesis Nul diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah Homogen. Ujian-t bagi varians yang disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus, ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan: Dalam Kaedah Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan untuk mengimbas kembali pengetahuan lepas.)
§  Dalam satu lengkungan normal, terdapat ±3 s.d (standard deviation).



§  Merujuk kepada ujian-t, pengiraan min adalah mengambil kira varians dan saiz sampel.
§  Semakin besar nilai t, peluang menolak hipotesis semakin besar.
§  Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk menyatakan perbezaan/Menolak Ho):
i.                     Perbezaan min yang besar
ii.                   Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah besar (peluang menolak hipotesis turut besar). n yang besar juga turut memungkinkan penyelidik melakukan type 1 error (menolak hipotesis yang benar).
iii.                  Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil (kemungkinan menolak hipotesis adalah sangat rendah). Dan, bagi varians yang kecil pula, t akan menjadi besar (kemungkinan menolak Ho adalah tinggi).
NOTA:
Type I error (Ralat Jenis I): Berlaku apabila seorang penyelidik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan wujud,  meskipun ia tidak wujud; Ia bermaksud tidak betul menolak sesuatu hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut betul.
Type II error (Ralat jenis II): Berlaku apabila seorang penyeldik menyatakan bahawa hubungan/perbezaan tidak wujud, meskipun sebenarnya ia wujud!; Ia bermaksud menerima hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut salah .

Andaian ujian-t;
ü            Data (IV) mestilah continuous bersifat interval
ü            Taburan data adalah normal
ü            Cerapan yang dilakukan adalah bebas
ü            Kehomogenan varians


CONTOH: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua kanan mengikut jantina?

-          untuk mengukur kualiti peribadi tersebut, pastikan data bagi soalan kajian tersebut telah d compute [ (b01+b02+…bn)/n ].
-          Dalam aplikasi SPSS tersebut, klik/ikut langkah berikut:

Analyze>Compare Means>Independent-Samples T Test

Pilih ‘minkualitiperibadi’ utk dimasukan ke dalam ‘Test Variable(s)’; dan ‘Jantina Pengetua’ diletakkan dalam ‘Grouping Variable’.

-          Pada output SPSS, perhatikan jadual seperti di bawah,



Catatan:
-          Std.Error Mean yg besar = ralat besar
-          Perhatikan keputusan Levene’s Test
·         α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap melakukan Type 1 Error (menolak Ho yang benar) adalah 5%.

Jadual di atas (Levene’s test) menunjukkan, p=0.66; >0.05, maka Ho diterima (tidak signifikan). Ini membuktikan bahawa data adalah homogenus.

Oleh yang demikian, baca nilai t bagi ‘Equal variances assumed’ (pooled).

[Kaedah mudah utk ingat baca nilai t yang mana satu!...nilai p>0.05(p besar), baca nilai ATAS. Nilai p<0.05 (p kecil), baca BAWAH…]

F=ujian varians 2 kumpulan
T=perbandingan mean 2 kumpulan

***Keputusan ujian-t di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi antara pengetua lelaki dan perempuan.


Daripada output spss, terjemahkan dalam bentuk jadual untuk dilaporkan dalam laporan kajian. Contohnya seperti berikut:


Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina
Jantina
Bil.
Min
Sisihan Piawai
Nilai-t
Tahap Signifikan
Lelaki
549
4.264
0.581
0.801
0.423
Perempuan
662
4.290
0.554




Laporan 1:
Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.

Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.

Laporan 2:
Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (min=4.290).


Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.



Alhamdulillah…begitulah serba sedikit ilmu yang dapat dipelajari dalam kelas Analisis Data pada minggu yang ke-7 (28 Okt 2011) hasil bimbingan Dr. Jamil Ahmad.