A. Hasil Pembelajaran Kursus :
Di akhir projek, pelajar akan dapat:
1.
Menjelaskan kaedah penyelidikan
dalam pendidikan dan aplikasinya.
2.
Menerangkan
asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian,
prosedur dan etnik.
3.
Menganalisis
dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui
penyelidikan tindakan.
4.
Membincang
tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.
5.
Memperoleh
kemahiran merancang dan melaksana satu penyelidikan tindakan di sekolah.
6.
Memperoleh
kemahiran menulis cadangan, laporan dan artikel penyelidikan tindakan. Acquire
the skills of writing an action research proposal, report and journal article.
7.
Memperoleh
kemahiran penulisan penyelidikan tindakan cadangan, laporan dan artikel jurnal.
Kerja kursus
ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4, 5, 6 dan 7.
B. Objektif
Kerja Kursus:
1.
Menulis kertas cadangan penyelidikan tindakan berdasarkan isu-isu terkini dalam
pendidikan untuk dilaksanakan di sekolah mengikut tatacara
penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan (1.1) (1.5), (5.2), (4.1),
(5.2), (6.3).
2.
Membuat persembahan dalam
pembentangan kertas cadangan penyelidikan
(1.1) (1.5), (4.1), (5.2), (6.2), (6.3), (6.4), (7.4).
C. Tugasan Projek (50%)
Penyediaan kertas cadangan penyelidikan tindakan merupakan kerangka asas
terhadap pelan tindakan penyelidikan yang akan dijalankan. Selaras dengan
hasrat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran seorang guru
melalui tindakan penambahbaikan yang berterusan, kemahiran membuat kertas
cadangan penyelidikan perlu dikuasai. Proses pelaksanaan penyelidikan tindakan
secara umumnya melibatkan lima proses bagi satu gelung kajian tindakan iaitu
mengenal pasti amalan, perancangan, tindakan, pengumpulan data dan
refleksi. Hasil kertas cadangan penyelidikan
tindakan merupakan aplikasi ilmu yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya.
Kertas cadangan penyelidikan tindakan yang baik akan memberi impak terhadap
kajian yang berkualiti, oleh itu penilaian terhadap kualiti kertas cadangan
yang dihasilkan perlu dipersembahkan dalam pembentangan yang dinilai oleh panel
yang dilantik oleh institut untuk tujuan penambahbaikan sebelum kajian sebenar
dijalankan.
Bahagian A: Kertas Cadangan Kajian
Penyelidikan Tindakan
Menghasilkan kertas cadangan kajian berdasarkan tatacara penulisan kertas cadangan
penyelidikan tindakan dalam format panduan penulisan yang telah
ditetapkan.
Bahagian B: Pembentangan Kertas Cadangan
Penyelidikan Tindakan
Tugasan ini mengkehendaki anda untuk membentangkan kertas cadangan
penyelidikan dalam pembentangan kertas cadangan penyelidikan yang
diorganisasikan untuk tujuan penambahbaikan sebelum kajian sebenar dijalankan.
Bahagian C: Penulisan Reflektif
Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi untuk menganalisis pengalaman yang dilalui
semasa menyiapkan kertas cadangan kajian penyelidikan tindakan dan terhadap nilai penambahbaikan yang perlu dilakukan hasil daripadan komen dan
cadangan dari panel penilai pembentangan kertas cadangan kajian. Reflesi
hendaklah diletakkan dalam bahagian akhir kertas cadangan kajian sebelum
senarai rujukan.
D. Panduan Pelaksanaan Projek
1.
Tugasan
ini adalah tugasan individu kecuali dalam mengorganisasikan pembentangan kertas
cadangan kajian penyelidikan tindakan.
2.
Format
penulisan tugasan seperti berikut:
2.1
Format
Panduan Laporan Kajian Tindakan IPG KPM.
2.2
Log
Disertasi IPG Kampus Tawau.
2.3 Font New Times Roman dengan Saiz huruf -12
2.4 3.3 Langkah
1.5 baris
2.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3. Panjang
tugasan antara 30-40 muka surat tidak termasuk lampiran.
4. Rujukan
tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
5. Amalan
plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja
kursus.
6. Tugasan
ini perlu disiapkan dalam tempoh 6 minggu.
7. Tugasan
ini membawa markah dan wajaran 50%.
E. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan
Kriteria-Kriteria Berikut:
1. Liputan
isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2.
Tugasan
anda haruslah berdasarkan Format Panduan Laporan Kajian Tindakan IPG KPM dan
Log Disertasi IPG Kampus Tawau.
3.
Bahan
bukti seperti bahan rujukan, data dan analisis data kajian hendaklah
dikemukakan
kepada penyelia.
4.
Melakukan
kolaborasi bersama penyelia, pensyarah dan rakan.
5.
Keseluruhan
isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
6.
Format
dan organisasi kertas cadangan perlu jelas, kematangan hujah dan koheren.
7.
Penulisan
kertas cadangan kajian harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai, cara mengumpul data bersesuaian dengan intervensi yang dan tindakan yang
akan
dijalankan serta tiada kesalahan ejaan.
8.
Rujukan
perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-\
kurangnya 30 sumber).
Kriteria
Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan
rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disahkan
oleh:
(IDARMAWATI
AHMAD) (LINA THOMAS
@TUPANG)
Penyelaras Kursus SCE3115 Ketua
Jabatan Sains
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan Jabatan
Sains
IPG Kampus Tawau IPG Kampus
Tawau
Tarikh: Tarikh: