Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru. Reflek merupakan satu aktiviti penting untuk seorang guru atau pendidik dalam mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian berdasarkan persoalan-persoalan apa, siapa, dimana, kenapa, mengapa dan bagaimana. Hasil dari refleksi yang dibuat akan tercetus kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan persepsi dan perubahan amalan.
Contoh Persoalan Yang Timbul Semasa Refleksi
Apakah masalah dalam kelas saya?
Siapa yang menyebabkan masalah tersebut, guru atau murid?
Dimana punca masalah itu timbul?
Kenapa berlaku demikian?
Bagaimanakah masalah itu boleh ditangani?
Apakah strategi yang perlu digunakan? dan bagaimana?
Mengapa saya perlu berubah cara pengajaran saya?
Bagaimanakah menilai keberkesanan strategi saya?
Tujuan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Menilai kemahiran mengajar atau amalan sendiri dan mempertimbangkannya.
Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran atau intervensi yang digunakan.
Menganalis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran.
Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pengangan dan nilai peribadi berkaitan dengan pendidikan.
Jabatan Penyelidikan & Inovasi IPG Kampus Tawau menawarkan kursus Kajian Tindakan & Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kepada semua sekolah-sekolah yang berminat
Kajian Tindakan & Inovasi P&P
-
SENARAI JURNAL UNTUK RUJUKAN KAJIAN Almendingen, S.F & Tveita,J (2009). Puppets in Science Lessons—Experiences and Stories from Nor...
-
PENULISAN RUJUKAN FORMAT APA 4.1 Kaedah Penulisan Rujukan Penggunaan kaedah APA ( American Psychological Association ) dalam penulisan...
-
Senarai Jurnal-Jurnal Pendidikan Online Secara Percuma http://www.educational-freeware.com/news/journal-directories.aspx http://www.nefste...
-
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelek...
-
Kepentingan Kajian Tindakan Kepada Para Pendidik Sebagai sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajar...
-
Aplikasi Kaedah Potongan Kertas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dalam Tajuk Sistem Solar di Sekolah Teaching School Idarma...
-
Penentuan Fokus Kajian Tindakan Apakah isu-isu yang sesuai untuk dijadikan fokus sesuatu kajian tindakan ? penggunaan bahan-bahan pelaja...
-
LATIHAN: ULANGKAJI 1 1 . Faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum pembelian peralatan sains dilakukan. I. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan