PENULISAN RUJUKAN FORMAT APA
4.1 Kaedah Penulisan Rujukan
Penggunaan kaedah APA (American Psychological Association) dalam penulisan dan rujukan. Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Bahagian ini hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks. Bahan yang tidak dirujuk di dalam teks tidak perlu disenaraikan. Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem Pengarang-Tahun. Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad.
Susunan karya Inggeris dalam senarai rujukan yang judulnya diawali dengan perkataan “The” hendaklah dibuat mengikut susunan abjad perkataan yang menyusulinya.
Rujukan yang digunakan dalam penulisan disertasi terbahagi kepada:
· Rujukan dalam teks
· Senarai rujukan yang ditulis pada bahagian akhir disertasi
4.2 Senarai Rujukan
Bila menyebut judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk pengedaran) judul buku dan nama jurnal hendaklah ditulis dengan huruf condong.
4.2.1 Penulisan Nama Pengarang
Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang tercetak pada halaman judul sesebuah karya atau pada halaman maklumat hak cipta yang mengandungi Data Mengkatalog-dalam-Penerbitan [Cataloging-in-Publication-Data (CIP)], tanpa pangkat atau gelaran.
4.2.2 Nama Pengarang Barat
Nama pengarang barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga, hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja.
Contoh:
Gerald M. Cohen ditulis sebagai Cohen, G. M
K. Sarvananthan ditulis sebagai Sarvananthan, K.
Ong Sue Lee ditulis sebagai Lee, O. S.
Osman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani, Osman ibn Ahmad dan disenaraikan di bawah abjad T (nama Arab)
4.2.3 Nama Pengarang Melayu, Cina dan India (Malaysia)
Nama pengarang yang lengkap dan disingkatkan hendaklah dikekalkan.
Contoh
Idarmawati Ahmad ditulis sebagai Idarmawati Ahmad
Hazirah bt. Abdul Hamid ditulis sebagai Hazirah bt, Abdul Hamid
Muhammad Eirfan Mirza b. Masa ditulis sebagai Muhammad Eirfan Mirza b. Masa
Nama Keluarga
Contoh
Ann Casey ditulis sebagai Casey, A.
Bridget Lee ditulis sebagai Lee, B.
Lim Chee Kah ditulis sebagai Kah, L. C.
4.2.3 Penulisan Judul Karya
Penulisan bahan rujukan hendaklah menggunakan HURUF BESAR pada huruf pertama judul karya tersebut dan kata nama khas. Huruf lainnya hendaklah ditulis dalam huruf kecil, kecuali perkataan itu merupakan singkatan yang menggunakan huruf besar.
Contoh
Casey, K., 1995. The New Narrative Research in Educatian………….
Idarmawati Ahmad, 2000. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia…………….
4.2.4 Cara Menulis Rujukan Buku
Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut:
- Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma.
- Tahun penerbitan diikuti dengan noktah.
- Judul buku (ditulis condong) diikuti dengan noktah.
- Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti dengan noktah.
- Nama siri buku dan jidil atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti dengan noktah. Edisi selain daripada edisi pertama diikuti dengan noktah.
- Penerbitan diikuti dengan koma.
- Tempat terbit diikuti dengan noktah atau koma (untuk penerbit yang mempunyai lebih daripada satu tempat, gunakan tempat yang pertama). Contohnay: “New York Heidelberg Berlin” ditulis “New York” sahaja.
- Baris ke-2 dan seterusnya hendaklah ditulis dengan ensotan 12.5 mm atau sekali ketukan tab.
Contoh:
Kapsuchell, C. E. dan Hyland, M. C., 1993. Enviromental Science: Living Within
|
4.2.5 Karya yang Dikenali Menurut Judul
Contoh
Kamus Dewan, 1995. Ed. Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
The Encyclopedia of Malaysia, 1998. Valume 1: The Environment. Sham Sani (ed.).
Edition Didier Millet, Singapore.
Singkatan dalam penulisan rujukan
Edisi baru (Ed. =edisi; ed. = edition) dan cetak ulang (revised)
4.2.6 Makalah dalam Jurnal
Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut:
- Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma.
- Tahun penerbitan diikuti dengan noktah.
- Judul makalah diikuti dengan noktah.
- Nama jurnal (tulisan condong) diikuti dengan nombor jilid (Bold) dan nombor keluaran (dalam kurungan, jika ada) diikuti dengan koma.
- Halaman seluruh makalah diikuti dengan noktah.
Peringatan
Semua nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap dalam senarai rujukan. Hanya bila menyisip rujukan dalam teks dibenarkan menggunakan nama singkatan. Jika terdapat lebih dari tiga pengarang, kita gunakan singkatan “et al.” iaitu et alia yang bermakna “dan lain-lain”.
Contoh:
Cara penulisan dalam senarai rujukan: Cerey, Martha, L. K., Abdullah Jabbar dan Nayly Syazwany binti Masa, 1997 …………………………………………..
Cara penulisan dalam teks: Cerey, et al., 1997
Penulisan tajuk dalam jurnal, akbar dan majalah tidak dicondongkan, hanya nama jurnal, akbar dan majalah yang dicondongkan.
Contoh:
Mohd. Jelani Salleh, 2000. Mengkudu: khazanah untuk insan sejagat. Wawasan
Pertanian 1 (12), 30-33.
4.2.7 Makalah dalam Akbar
Contoh:
Bernama, 2006. Harga minyak naik, harga kereta turun? Berita Harian, 25 Mac, 15.
Sanudin Hj. Tahir, 2001. Tanah runtuk di Teluk Sepanggar. The New Sabah Times, 7.
Januari, 9.
4.2.8 Makalah dalam Majalah
Jaret, P., 2002. Diet or Exercise? Reader’s Digest. October, 61-64.
Lee, P. C., 2004. The Empire Strikes Back!. Today’s Science and Technology,
September/December, 1-2.
4.2.9 Internet
Rujukan melalui internet tidak digalakkan. Jika membuat rujukan pastikan bahawa laman web itu adalah laman kerajaan, agensi kerajaan atau institusi yang diiktiraf.
Contoh
Enviromental Conservation Department, 2000. Handbook of Environmental Impact Assessment (EIA) in Sabah, Malaysia. Http://www.sabah.gov.my/jkas/centre/default.html.
4.2.10 Disertasi atau Latihan Ilmiah
Contoh:
Idarmawati Ahmad, 2003. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia Tumbuhan Ubatan Tiga Suku Kaum di Sabah. Disertasi Sarjana Sains (Biokimia). Universti Malaysia Sabah (tidak diterbitkan)
Salam,
BalasPadamSaya ingin bertanya, kenapa rujukan melalui internet tidak digalakkan ?
adakah kerana keraguan dapatan pada isi kandungan laman web yang dirujuk.
Laman ini sangat berinformatif.
Terima Kasih
mohon izin utk menggunakan bahan anda sebagai panduan dan rujukan pelajar di sekolah saya kerana perkara membuat rujukan adalah sesuatu yang baru bagi pelajar di sekolah kami. terima kasih
BalasPadammohon izin utk menggunakan bahan anda sebagai panduan dan rujukan pelajar di sekolah saya kerana perkara membuat rujukan adalah sesuatu yang baru bagi pelajar di sekolah kami. terima kasih
BalasPadam