Penentuan Fokus Kajian Tindakan
Apakah isu-isu yang sesuai untuk dijadikan fokus sesuatu kajian tindakan ?
penggunaan bahan-bahan pelajaran
penggunaan strategi, kaedah dan teknik mengajar
pengurusan aktiviti kumpulan
perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan
penyediaan lembaran kerja dan penilaian
pengurusan bilik darjah atau
masalah displin
Contoh: Melengkapkan Penyataan/Mencari Jawapan Terhadap Refleksi Yang Dibuat
Saya ingin memperbaiki……………
Ada orang (murid/ibubapa/guru lain) yg tidak puas hati
dengan….apakah yang dapat dilakukan bagi mengubah keadaan ini?
Saya kagum dengan…………bolehkah saya melakukan sedemikian?
Saya ada sesuatu idea tentang………. yang ingin saya cuba
Bagaimanakah pengalaman ………… dapat diaplikasikan?
Memilih Fokus Kajian Tindakan
Jangan pilih sesuatu yang memerlukan tindakan susulan yang tidak
dapat dibuat atau yang diluar bidang kuasa anda.
Pilih sesuatu topik atau isu yang berhubungkait dengan bidang kuasa
anda.
Sebagai permulaan, pilih satu skop kecil yang mudah dikendalikan.
Contoh-Contoh Cara Menjelaskan Fokus Kajian Tindakan
Contoh 1
“Pelajar-pelajar kelas saya tidak dapat menumpukan perhatian penuh semasa pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah saya dapat memperbaiki situasi ini?”
Kenalpasti persoalan focus kajian
Pelajar-pelajar manakah yang tidak menumpukan perhatian?
Apakah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut?
Adakah pelajar-pelajar tersebut terlibat dalam aktiviti
pembelajaran ataupun perkara yang tidak bersangkut paut dengan
pelajaran tersebut?
Adakah mereka faham apa yang disampaikan?
Apakah tugasan-tugasan yang boleh melibatkan pelajar-pelajar dalam
pemikiran dan dapat menumpukan perhatian sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran?
Contoh 2
“Murid-murid kelas saya sangat bising semasa aktiviti kumpulan kecil. Bagaimanakah saya dapat memperbaiki situasi ini?”
Kenalpasti persoalan focus kajian
Murid-murid manakah yang membuat bising?
Apakah yang dilakukan oleh murid-murid tersebut yang menjadikan
keadaan bilik darjah bising?
Adakah murid-murid tersebut terlibat dalam aktiviti pembelajaran
ataupun perkara yang tidak bersangkut paut dengan pelajaran
tersebut?
Adakah keadaan bising itu mengganggu pelajaran?
Apakah tugasan-tugasan yang boleh melibatkan murid-murid dalam
pemikiran dan kurang dalam perbualan?
Jabatan Penyelidikan & Inovasi IPG Kampus Tawau menawarkan kursus Kajian Tindakan & Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kepada semua sekolah-sekolah yang berminat
Kajian Tindakan & Inovasi P&P
-
SENARAI JURNAL UNTUK RUJUKAN KAJIAN Almendingen, S.F & Tveita,J (2009). Puppets in Science Lessons—Experiences and Stories from Nor...
-
PENULISAN RUJUKAN FORMAT APA 4.1 Kaedah Penulisan Rujukan Penggunaan kaedah APA ( American Psychological Association ) dalam penulisan...
-
Senarai Jurnal-Jurnal Pendidikan Online Secara Percuma http://www.educational-freeware.com/news/journal-directories.aspx http://www.nefste...
-
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelek...
-
Kepentingan Kajian Tindakan Kepada Para Pendidik Sebagai sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajar...
-
Aplikasi Kaedah Potongan Kertas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dalam Tajuk Sistem Solar di Sekolah Teaching School Idarma...
-
Penentuan Fokus Kajian Tindakan Apakah isu-isu yang sesuai untuk dijadikan fokus sesuatu kajian tindakan ? penggunaan bahan-bahan pelaja...
-
LATIHAN: ULANGKAJI 1 1 . Faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum pembelian peralatan sains dilakukan. I. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan