Aplikasi
Kaedah Potongan Kertas Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sains
Dalam Tajuk Sistem
Solar di Sekolah Teaching
School
Idarmawati Binti Ahmad
Jabatan Sains
ABSTRAK
Kemahiran Abad ke-21
memerlukan guru member pendedahan kepada murid dengan pelbagai aktiviti, kaedah
dan strategi semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun dalam era
ledakan maklumat serta dunia tanpa sempadan proses pemerolehan ilmu merupakan
asas utama untuk menjana pembangunan sumber manusia yang berkualiti merupakan
aset utama dalam menentukan kekuatan sesebuah negara atau masyarakat. Selaras
dengan itu pelbagai cara penerapan ilmu diusahakan bagi memaksimumkan
pemindahan ilmu di kalangan pelajar sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti suatu konsep belajar melalui Kaedah
Potongan Kertas dalam meningkatkan kefahaman dalam sains. Selain itu kajian ini
juga mengkaji pesepsi dan motivasi murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.
Dapatan kajian ini mendapati berlaku peningkatan pencapaian yang positif dan
didapati kaedah ini dapat memberi motivasi kepada murid untuk belajar sains.
Sehubungan itu juga Kaedah Potongan Kertas dapat membantu murid untuk memahami
konsep sains dengan cara pembinaan konsep. Ia juga dapat memberi tahap
kefahaman yang mendalam tentang isi serta melibatkan pelbagai cara komunikasi
di antara murid. Cara ini membolehkan murid bertanggungjawab ke atas
pembelajaran sendiri.
Pendahuluan
Senario pendidikan kini amat memerlukan guru-guru sains yang
kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif,
inovatif dan kreatif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang untuk mencipta,
menghasilkan dan memperkembang sesuatu. Inovatif pula ialah kebolehan seseorang
untuk memulakan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk kaedah, sistem
pendekatan atau sebagainya (Jamaludin, 2000). Menurut Albion
(1999) daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod
pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para murid.
Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar
meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran sains Tina
(2002). Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran menyebabkan pelajar berasa
bosan, jemu dan tidak berminat untuk belajar Allinder (1995). Kelemahan ini
berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang lebih banyak diorientasikan oleh
keperluan peperiksaaan dan menghabiskan sukatan pelajaran (Irfan Naufal, 2003).
Malah ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam pengajaran sains
di sekolah menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak
mencabar, statik dan membosankan Tina (2002).
Sains bukanlah satu mata pelajaran
yang statik, tradisional, mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan
deskriptif seperti yang difahami oleh kebanyakan murid. Sehubungan itu, guru
sains perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk
menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses
pemerolehan ilmu adalah tonggak kepada pembangunan sumber manusia dalam
sesebuah Negara. Sumber manusia yang berilmu, progresif dan inovatif merupakan
aset utama yang perlu dijana bagi membentuk kekuatan negara tersebut.
Sebaik dan secanggih manapun sesuatu kaedah atau strategi
jika ia berterusan dalam setiap pengajaran tetap akan membosankan murid, oleh
itu strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan. Dalam menyahut cabaran ini Kaedah
Potongan Kertas yang telah diperkenalkan oleh Al-mukmin (2008) diaplikasikan
dalam tahap, kumpulan dan tajuk yang berbeza di lokasi kajian dengan tujuan
perkongsian ilmu. Kaedah Potongan Kertas adalah berasaskan Teori Pemodelan
Bandura (1986) yang memfokuskan empat unsur utama dalam proses pembelajaran
melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan
peneguhan atau motivasi. Malalui kajian ini murid akan diberi permodelan dalam
bentuk potongan kertas semasa pembelajaran tajuk sistem solar. Sistem solar merupakan tajuk yang abstrak dan
murid perlu membanyangkannya, oleh itu teori permodelan diperlukan untuk pemahaman konsep (Arends, 1997).
Penyataan
Masalah
Pembelajaran sains adalah rumit dan
kompleks disebabkan sebahagian besar daripada konsep-konsep sains itu sendiri
amat abstrak, tambahan pula dengan perwakilan konsep-konsep itu dalam bahasa
matematik (Zurida et.al., 2006). Pada
umumnya, model transmisi dalam pengajaran diterima dan dianggap sesuai dalam
sains kerana sains dipercayai mempunyai jawapan yang benar, boleh dicari dan
ditemui manakala tugas guru hanya menyalurkan pengetahuan ini kepada murid.
Walau bagaimanapun, model transmisi ini tidak dapat menjelaskan kegagalan murid
dalam aspek-aspek tertentu pembelajaran seperti kreativiti, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah (Gagne, 1985; dalam Zurida et.al., 2006). Dalam amalan lazim, murid selalunya melibatkan diri
dalam pengajaran dan pembelajaran secara
pasif seperti menghafal maklumat, menyiapkan lembaran kerja, dan memuntahkan
semula pengetahuan dalam ujian bertulis. Akibatnya murid menghafal maklumat
tanpa memahami prinsip sains yang terlibat dan tidak mampu mengaplikasi
maklumat dalam fenomena yang sebenar (Eylon & Linn, 1988; dalam Scott et.al., 1998). Pendekatan tradisional
dalam pengajaran dan pembelajaran sains cenderung membawa kepada kebosanan,
kekecewaan dan persepsi negatif terhadap sains. Malah hasil kajian menunjukkan
bahawa semakin banyak murid mengalami pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan pendekatan tradisional semakin kurang motivasi mereka untuk
meneruskan cita-cita atau kerjaya dalam bidang sains (Yager & Penick, 1986;
dalam Scott et.al., 1998).
Murid menghadapi
masalah yang besar dalam memahami konsep dan proses sains yang kompleks dan
abstrak yang selalunya melibatkan istilah yang baru, urutan serta saling
berkaitan antara satu dengan lain. Masalah ini dapat diperhatikan dengan jelas
dalam skrip jawapan experimen sains juga semasa penyoalan secara lisan di dalam
kelas. Kesukaran tersebut menyebabkan murid tidak dapat membuat gambaran mental
(pengabstrakan) tentang konsep dan proses yang dipelajari. Akhirnya mereka
kurang bermotivasi malah sebahagiannya tercicir dalam pembelajaran. Jika mereka
belajar sekalipun, lazimnya mereka hanya menggunakan pendekatan tradisional
secara baca dan hafal. Pendekatan tradisional kurang berkesan khususnya bagi
tajuk-tajuk yang abstrak dalam sains. Keadaan ini menyebabkan murid kurang
berminat dalam sains dan membuat persepsi bahawa sains susah kerana terlalu
banyak teori dan konsep yang perlu dihafal (Al-Mukmin, 2008).
Kajian ini amat penting dalam menghasilkan pengajaran
pembelajaran menggunakan Kaedah Potongan Kertas yang boleh membantu para guru
dan murid untuk memahami teori dan konsep sains dalam tajuk-tajuk yang
dikenalpasti. Kajian aplikasi potongan kertas telah dilakukan dalam subjek
Biologi sekolah menengah dengan kejayaan yang positif oleh Al-Mukmin (2008). Oleh itu
pengkaji ingin mengkaji keberkesanan kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran sains sekolah rendah dengan berasaskan Teori Permodalan Bandura
kerana pemahaman konsep asas sains perlulah dari sekolah rendah seperti kata
pepatah ”kalau hendak mengajar anak biarlah dari rebungnya”.
Tujuan
Kajian
Mengaplikasikan
Kaedah Potongan Kertas dalam pengajaran dan pembelajaran sains dalam
tajuk-tajuk yang dikenalpasti untuk peningkatan kefahaman pelajar dalam
memahami teori dan kaedah sains.
Objektif
Kajian
i.
Meningkatkan
kefahaman murid dalam tajuk-tajuk sains yang dikenalpasti.
ii.
Memotivasikan
murid untuk mempelajari sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti.
Persoalan
Kajian
i.
Adakah
Kaedah Potongan Kertas dapat meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk-tajuk
yang dikenalpasti.
ii.
Adakah
Kaedah Potongan Kertas dapat memotivasikan murid dalam tajuk-tajuk yang
dikenalpasti.
Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini akan menjadi asas kepada alternatif kepada kaedah-kaedah
yang yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini juga
merupakan kaedah yang boleh diaplikasikan untuk membantu murid-murid dalam
akademik dan motivasi terutama pada tahap sederhana dan lemah dalam memahami
teori dan konsep sains.
Tinjauan Literatur
Kementerian Pendidikan
di Malaysia sentiasa berusaha dalam melahirkan tenaga manusia kelas pertama.
Sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan
dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu
membantu pelajar yang lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan
bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan Negara (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2006).
Dalam
menghasilkan kajian ini beberapa penelitian tentang hasil kajian serta
penulisan terdahulu berkaitan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada
Teori Pemodelan Bandura (1986). Dapatan kajian Christopher (1984)
menyatakan prinsip hafalan dalam pembelajaran pelajar masyarakat Jepun, sama
dititikberatkan dengan kefahaman dan aplikasi maklumat. Berdasarkan dapatan
tersebut Chirstopher sangat menyokong teori permodelaran untuk tujuan hafalan
sebelum proses pemahaman yang kekal. Kaedah Potongan Kertas menekankan proses
pemahaman melalui permodelan selaras dengan pendapat Faridah et al. (2005) yang menyatakan pengajaran
konsep mesti dititikberatkan kerana kajian telah membuktikan bahawa pelajar
yang mempunyai kefahaman konsep pada peringkat awal akan “perform best on
procedural knowledge later”. Penyelidikan juga membuktikan
pengajaran yang menekankan teaching for meaning mempunyai kesan positif
ke atas pembelajaran, termasuk “better initial learning, greater retention
and an increased likelihood that the ideas will be used in new situations” Sowell
(1989). Konsep Kaedah Potongan Kertas berasaskan kepada pemindahan ilmu dari
konkrit ke abstrak, kerana hasil kajian Musa, et. al. (1994) mendapati penggunaan bahan konkrit dalam jangka masa
panjang oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sikap mereka.
Proses Kaedah Potongan Kertas membolehkan ulangan dibuat oleh murid sehingga
kefahaman terhadap konsep terbina dalam situasi yang menyeronokkan, bersesuaian
dengan hasil kajian Faridah et al. (2005) yang mendapati bahawa guru
perlu menggunakan banyak contoh bagi menerangkan konsep terutama konsep asas
kerana berdasarkan laporan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002), pencapaian
pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran yang masih lagi bersifat
tradisional seperti terlalu banyak menggunakan kaedah syarahan kurang menarik
minat dan perhatian malah membosankan pelajar, guru yang kurang komited dan
kreatif, tiada hubungan yang akrab antara guru dengan pelajar, dan guru tidak
membantu mengatasi masalah pelajar. Manakala
Gerstner et.al., (1994)
berpendapat bahawa “Nothing happens in school unless students want to
learn”, oleh itu menurutnya untuk mewujudkan pelajar yang ingin
belajar, elemen keseronokan belajar harus wujud dan guru sebagai agen perubahan
perlu berupaya menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan (make
learning fun).
Ciri-ciri pembelajaran Kaedah Potongan Kertas juga
berasaskan ciri-ciri pembelajaran yang berasaskan projek dan teori pembelajaran
Konstruktivisme yang berorentasikan pendekatan seperti berfokuskan murid dengan
cara meneroka sendiri, membolehkan pelajar dalam persekitaran yang bebas,
seronok dalam membuat pilihan berkaitan, menggunakan kaedah pengalaman hands-on. memberi pemahaman yang tinggi
melalui minds-on, membolehkan
rujukan, cubaan oleh semua pelajar dan boleh melibatkan pelbagai mod komunikasi
dimana guru sebagai fasilitator. Aplikasi kaedah ini dalam pembelajaran
membolehkan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri, pelajar
merasa pembelajaran sebagai kepunyaan sendiri dan menggalakkan pembelajaran
yang bermakna Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).
Metodologi Kajian
Kerangka
Teoritikal
Kajian ini adalah
berasaskan Teori Pemodelan Bandura yang menekankan pembelajaran melalui
peniruan atau pemodelan serta pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (Bandura, 1986). Terdapat empat
unsur utama dalam teori ini iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan
peneguhan melalui motivasi. Hasil kajian Bandura dan Walters
(dalam Faridah et al. 2005) mendapati
kanak-kanak belajar melalui peniruan model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif.
Teori ini juga mendapati bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti
keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian
daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran
sosialis juga menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu
pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Berdasarkan kepada Teori Pemodelan
Bandura Kaedah Potongan Kertas diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
sains untuk membantu murid untuk memahami tajuk-tajuk sains khususnya
tajuk-tajuk yang abstrak. Kaedah Potongan Kertas memberikan pembelajaran
permodelan melalui potongan kertas yang diberikan dalam bentuk tugasan individu
dan kumpulan.
Rekabentuk
kajian
Kajian ini berbentuk kajian kes dan laporan kajian dalam bentuk
deskriftif kualitatif. Aplikasi Kaedah Potongan Kertas dijalankan di dalam
Tahun 4 kelas Teaching School
manakala dalam kelas Tahun 4 Biasa kaedah yang dijadikan kawalan menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran selain Kaedah Potongan Kertas dalam tajuk
yang sama.
Sampel
Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 25
orang murid Tahun 4 Kelas Teaching School dan 25 orang murid Tahun 4 dalam Kelas
Biasa yang dijadikan sebagai kawalan. Kedua-dua kelas mempunyai aras kognitif
yang hampir sama.
Instrumen
kajian
Instrumen pertama kajian menggunakan ujian prestasi mengikut tajuk yang
diajar. Soalan digubal oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun
4 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007) dan berdasarkan Aras Bloom Bloom (1987). Instrumen kedua dibina oleh pengkaji sendiri bertujuan untuk meninjau
pesepsi dan motivasi dan tanggapan murid terhadap kaedah yang diperkenalkan
kepada murid dalam bahasa yang mudah difahami.
Hasil kajian rintis terhadap instrumen kedua didapati nilai Cronbach
Alpha adalah 0.77. Tempat
kajian ini dijalankan ialah SK. Bukit Queen Tawau yang merupakan sekolah angkat
IPG Kampus Tawau. Tempat ini dipilih
berdasarkan kesesuaian tajuk kajian dan lokasinya yang strategik untuk
menjalankan pelbagai projek atau siasatan yang melibatkan beberapa pencapaian
murid dalam sains.
Analisis Data
Penganalisaan data kualitatif
dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif (Sulaiman, 1996). Statistik
deskriptif dibuat dengan cara menentukan peratusan tahap kemudahan dan
perkhidmatan yang dikehendaki, dan peraturan yang dicadangkan oleh pelajar.
Dapatan
Kajian
Data
Demografi Populasi Kajian
Data demografi kajian terdiri dari semua murid Tahun 4 pada Tahun 2010 yang
terdiri daripada dua kelas iaitu satu kelas Tahun 4 Kelas Teaching School dan
satu kelas Tahun 4 untuk Kelas Biasa di
SK. Bukit Queen yang merupakan Sekolah Angkat IPG Kampus Tawau. Pelajar
terdiri dari 28 orang murid perempuan dan 22 orang murid lelaki.
Dapatan Kajian
Dapatan
dan Perbincangan Kajian
Berdasarkan keputusan Ujian t didapati nilai t kiraan
(data) adalah lebih besar berbanding nilai t
jadual pada darjah kebebasan 30 (Jadual 1). Ini menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan (p=0.01) di antara pencapaian Kelas Teaching School dan Kelas
Biasa. Ini membuktikan bahawa pembelajaran menggunakan Kaedah Potongan Kertas
secara signifikannya dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
Jadual
1. Min,
Sisihan Piawai dan Nilai Ujian t
Antara
Kelas
biasa (kawalan) dan Kelas Teaching School
(Experiman)
Nilai
|
Kelas Biasa
|
|
Min
|
58.7820
|
47.5938
|
Sisihan
Piawai
|
20.0432
|
18.6453
|
Nilai
t
|
3.552
|
Nilai t
(0.01, 30) = 2.750
Analisis Pencapaian Prestasi Tugasan
Murid
Analisis
prestasi menunjukkan tahap pencapaian di antara Kelas biasa dan Kelas Teaching
School dalam tugasan 1 hingga
tugasan 5 mengikut tahap pencapapian mengikut kategori rendah, sederhana dan
tinggi seperti dalam Jadual 2 dan Jadual 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
prestasi murid dalam kelas Teaching School
lebih tinggi berbanding di dalam kelas biasa. Dapatan kajian Tina (2002) juga
selaras dengan dapatan kajian ini bahawa pendekatan konstruktivis lebih
berkesan berbanding pendekatan langsung dalam pencapaian sains. Perbandingan min
pencapaian untuk kedua-dua kelas seperti dalam Rajah 1.
Jadual 2. Markah
Perestasi Tugasan Kelas Teaching School
Skor
|
Tahap
Pencapaian
|
Kumpulan N=25
|
|||
Tugasan 1
|
Tugasan 2
|
Tugasan 3
|
Tugasan 4
|
||
0
- 40
|
Rendah
|
(42%)
|
(39%)
|
(12%)
|
(23%)
|
41
- 70
|
Sederhana
|
(52%)
|
(48%)
|
(65%)
|
(61%)
|
71
- 100
|
Tinggi
|
(6%)
|
(13%)
|
(23%)
|
(16%)
|
Jadual 3. Markah
Perestasi Tugasan Kelas Biasa
Skor
|
Tahap
Pencapaian
|
Kumpulan N=25
|
|||
Tugasan 1
|
Tugasan 2
|
Tugasan 3
|
Tugasan 4
|
||
0
- 40
|
Rendah
|
(32%)
|
(20%)
|
(8%)
|
(18%)
|
41
- 70
|
Sederhana
|
(42%)
|
(22%)
|
(25%)
|
(15%)
|
71
- 100
|
Tinggi
|
(0%)
|
(2%)
|
(5%)
|
(3%)
|
Rajah
1: Min Pencapaian Prestasi Murid dalam
Kelas Teaching School
Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah
Potongan Kertas (KPK)
Jadual
4 menunjukkan analisis lengkap persepsi murid dalam Kaedah Potongan Kertas
dalam Kelas Teaching School .
Min terbaik adalah 3.87 (aktiviti ini membolehkan saya bersaing dengan kumpulan
lain), 368 (aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar) dan 3.38
(Menyeronokkan saya untuk belajar tajuk yang diajar). Min yang rendah adalah
2.19 (aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar). Dapatan
kajian menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan prestasi pelajar yang
diukur melalui tugasan dalam bentuk penyelesaian masalah yang diberikan
mengikut kumpulan. Dapatan kajian selaras dengan dapatan kajian oleh John
(2008) yang menggunakan pendekakatan pembelajaran berasaskan projek di sekolah Teaching School . Peratus Persepsi keseluruhan seperti
dalam Rajah 2.
Jadual 4. Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah
Potongan Kertas (KPK)
Pernyataan
|
Sangat Tidak Setuju
|
Tidak Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Min
|
Sisihan Piawai
|
(A1)
Menyeronokkan saya untuk belajar tajuk yang diajar
|
1
(3.23%)
|
1
(3.23%)
|
14
(45.16%)
|
15
(48.39%)
|
3.38
|
0.72
|
(A2)
Aktiviti ini membolehkan saya faham apa yang saya belajar
|
3
(9.68%)
|
19
(61.29%)
|
9
(29.03%)
|
0
(0%)
|
2.19
|
0.60
|
(A3)
mempercepatkan saya faham tajuk yang diajar
|
0
(0%)
|
7
(22.58%)
|
10
(32.26%)
|
14
(45.16%)
|
3.23
|
0.80
|
(A4) Aktiviti yang dijalankan
membolehkan saya berbincang dengan kawan dalam pelbagai cara komunikasi
|
5
(16.13%)
|
13
(41.94%)
|
11
(35.48%)
|
2
(6.45%)
|
2.32
|
0.83
|
(A5)
Aktiviti ini dapat mengaktifkan saya
|
4
(12.90%)
|
2
(6.45%)
|
19
(61.29%)
|
6
(19.35%)
|
2.87
|
0.88
|
(A6)
Memudahkan saya memahami sains
|
0
(0%)
|
1
(3.23%)
|
8
(25.81%)
|
22
(70.97%)
|
3.68
|
0.54
|
(A7)
Aktiviti ini membolehkan saya bermain sambil belajar
|
3
(9.68%)
|
10
(32.36)
|
11
(35.48%)
|
7
(22.58%)
|
2.71
|
0.94
|
(A8)
Aktiviti ini memudahkan saya mengingat apa yang saya belajar
|
3
(9.68%)
|
6
(19.35%)
|
9
(29.03%)
|
13
(41.94%)
|
3.03
|
1.02
|
(A9)
Aktiviti ini membolehkan saya bersaing dengan kumpulan lain
|
0
(0%)
|
0
(0%)
|
4
(12.9%)
|
27
(87.10%)
|
3.87
|
0.34
|
(A10) Aktiviti ini memotivasikan
saya untuk belajar sains
|
3
(9.68%)
|
9
(29.03%)
|
14
(45.16%)
|
5
(16.13%)
|
2.68
|
0.87
|
Rajah 2: Peratus Persepsi Keseluruhan
Rajah 3 merupakan peratus pecahan mengikut jantina bagi
keempat-empat skala yang telah dinyatakan. Pelajar perempuan mencatat peratus
yang paling tinggi untuk skala 3 iaitu setuju sebanyak 22.26%. Manakala Pelajar
lelaki mencatat 18.71% untuk peratus tertinggi
bagi skala sangat setuju. Bagi skala 1 atau sangat tidak setuju
responden perempuan mencatat peratus paling rendah iaitu 2.26% sahaja sedangkan
responden lelaki mencatat 4.84% untuk kategori yang sama. Dapatan ini menunjukkan murid
perempuan lebih gemar melalukan kaedah ini berbanding murid lelaki. Dapatan ini
selaras dengan teori konseptual mengikut jantina yang mengatakan murid
perempuan memerlukan permodelan untuk memahami konsep abstrak berbanding murid
lelaki kerana murid lelaki mempunyai penguasaan pemikiran tiga demensi yang
lebih tinggi daripada murid perempuan (Abdul Rashid, 2008). Daya konsentrasi
antara pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza. Kajian menunjukkan daya
konsentrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki
(Zalizan, 2001). Bagi mencapai celik belajar di kalangan pelajar lelaki, guru
perlu lebih prihatin kepada pendekatan mengajar yang lebih sesuai kepada “learning
style of boys”.
Rajah 3: Taburan Peratus Responden Mengikut Jantina
Kesimpulan
Pembelajaran
secara Kaedah Potongan Kertas pada keseluruhannya berkesan dalam subjek sains
dari aspek peningkatan prestasi dan motivasi murid dilokasi kajian. Kajian ini
boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain dalam sains yang berasaskan kepada
konsep permodelan. Pemahaman konsep sains yang diasaskan dari teori-teori yang
pelbagai memerlukan pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam pelbagai
aktiviti, kaedah dan strategi. Guru-guru sains perlu menyesuaikan
kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru
yang terpinggir dan kaku. Guru sains seharusnya mempunyai keyakinan untuk
mencuba pelbagai kaedah, strategi atau model dalam pengajaran bagi meningkatkan
“outcomes” dan keberkesanan pengajaran. Kepelbagain
pembelajaran murid dalam satu kelas juga perlu diambil kira oleh para pendidik
oleh itu kaedah ini perupakan salah satu alternatif yang boleh diaplikasikan.
Rujukan
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008). Guru Sebagai Penyelidik. PTS
Professional Publishing.
Abdul Rashid Abdul Rahman (2008). Pendekatan
Tiga Dimensi Multimedia Bagi Meningkat Kemahiran Visualisasi Spatial Di
Kalangan Pelajar Kognitif Rendah Dalam Tajuk Pelan Dan Dongakan. Universiti Sains Malaysia . (Tidak diterbitkan).\
Allinder,
R.M. (1995). An examination of the relationship between teacher efficacy and
curriculum-based measurement. Remedial
& Special Education. Jul. 99, Vol. 16:P.247.
Al-Mukmin Al-Kanta (2009). Kajian Tindakan Aktiviti Potongan Kertas dalam meningkatkan pencapaian
murid. Kertas Cadangan Inovasi SMK. Agaseh Lahad Datu.
Arends R, I. (1997). Learning to Teach. 6th Edition. Guide to Field
Experiences and Portfolio Development.
Badura A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Teory.
1st edition.
Bhashah bin Abu Bakar (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Edisi Pertama.
Syarikat Miharja Sdn. Bhd.
Bloom, A. (1987). The closing of the American mind. Simon & Schuster Inc., New York .
Christopher, R.C. (1984). The Japanese mind: The goliath explained.
Pan books. London .
Coladarci,T.
(1992). Teachers’ sense of efficacy and commitment to teaching. Journal of experimental education, 60:
323-337.
Corey, S.M., (1953). Action
research to improve school practices. New York: Teachers College Press.
Educational Technology Division,
Ministry of Education (2006). Project-Based Learning Handbook. Kuala Lumpur ,
Communications and Training Sector Smart Educational Development Educational
Technology Division, Ministry of Education (1-56).
Faridah A. H., Naimah I. , Hamidah Y., dan Habibah A.R. (2005). Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda
Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Ferrance,
E., (2000). Action Research.
Northeast and Islands Regional Educational Laboratory at Brown University .
Gerstner, L.V., Semerad, R. D., Doyle,
D. P., & Johnston ,
W.B., (1994). Reinventing education:
Entrepreneurship in America ’s
public schools. Penguin, New York .
Irfan
Naufal Umar dan Sajap Maswan. (2004). Pendekatan inkuiri dan pembelajaran
berasaskan masalah dalam persekitaran web. Prosiding Teknologi Pendidikan. Universiti Sains Malaysia .
Jamaludin
Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rashud Johar. (2000). Inovasi dan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Percetakan Warni Sdn. Bhd.
John Brodi (2008).
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Projek: Satu Kajian Kes Teaching School ,
Jurnal IPTAR.
Johnson,
B.M., (1995). Why conduct action research?. Teaching
and Change, 1, 90-105.
Kementerian Pendidikan Malaysia
(2002). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.
Kementerian Pendidikan Malaysia .
Kuala Lumpur .
Kementerian Pelajaran Malaysia
(2006).
Kemmis, S
dan Mc. Taggart, R., (1988). The action
research planner. (3 rd ed.). Geelong , Victoria : Deakin
University Press.
Keogh.B., Simon. S., Naylor. S.,
Maloney. J & Downing. B. (2008). Puppets and Engagement In Science.
International Journal of Science Education .Jld 30,1229-1244.
Lomax, P.,
(1994). Change and educational innovation: The case for action research. Ucapan Keynote yang disampaikan semasa di
Educational Conference: Inovation in Educatin di USM, Oktober 1994.
Mills, G. E., (2000). Action research:
Principles and practice. Routledge London.
Musa Mohamed, Jaohari Mohd. Nordin,
Bahiyani Abd. Aziz (1994). Kajian prestasi matematik murid Melayu di luar
bandar. Laporan Kajian Tindakan di bawah
Programme for Innovation, Excellence and Research.
Pusat Perkembangan
Kurikulum (1992).
PPK (1999). Kepentingan kajian tindakan. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/penting.htm;
Rizal Jusoh.
(2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil
Belajar. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun. Kajian Tindakan
Guru, 1, 173-185.
Scott G. Paris; Kirsten M. Yambor; Becky Wai-Ling Packard (1998). Hands-on biology: a museum-school-university partnership for enhancing
students' interest and learning in science. The Elementary School
Journal, Vol.98 (3). 267(22).
Tina
Lim Swee Kim. (2002). Pembelajaran web.
Kesan pendekatan konstruktivis berbanding pendekatan langsung terhadap
pencapaian sains dan kemahiran berfikir aras tinggi. Tesis Master.
Universiti Sains Malaysia .
(Tidak diterbitkan).
Zalizan (2001) Kajian prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem pendidikan Malaysia .
Universiti Kebangsaan Malaysia .
Zurida, I. , Syarifah Norhaidah, S.I, dan Mohd. Ali, S.
(2006). Kaedah Mengajar Sains. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Pahang Darul Makmur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan