Kajian Tindakan & Inovasi P&P

Jumaat, 9 Disember 2011

Jenis-Jenis Penyelidikan

Jenis-Jenis Penyelidikan










                  Jenis-Jenis Penyelidikan Kualitatif



Jenis-Jenis Penyelidikan Kuantitatif




Jenis-Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Kuantitatif

Slaid Pembentangan Kertas Cadangan PIM3113

Format Penulisan Rujukan

PENULISAN RUJUKAN FORMAT APA


4.1  Kaedah Penulisan Rujukan

Penggunaan kaedah APA (American Psychological Association) dalam penulisan dan rujukan. Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Bahagian ini hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks. Bahan yang tidak dirujuk di dalam teks tidak perlu disenaraikan. Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem Pengarang-Tahun. Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad.

Susunan karya Inggeris dalam senarai rujukan yang judulnya diawali dengan perkataan “The” hendaklah dibuat mengikut susunan abjad perkataan yang menyusulinya.

Rujukan yang digunakan dalam penulisan disertasi terbahagi kepada:
·         Rujukan dalam teks
·         Senarai rujukan yang ditulis pada bahagian akhir disertasi

4.2       Senarai Rujukan

Bila menyebut judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk pengedaran) judul buku dan nama jurnal hendaklah ditulis dengan huruf condong.

4.2.1        Penulisan Nama Pengarang

Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang tercetak pada halaman judul sesebuah karya atau pada halaman maklumat hak cipta yang mengandungi Data Mengkatalog-dalam-Penerbitan [Cataloging-in-Publication-Data (CIP)], tanpa pangkat atau gelaran.

4.2.2        Nama Pengarang Barat

Nama pengarang barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga, hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja.

Contoh:
Gerald M. Cohen ditulis sebagai Cohen, G. M
K. Sarvananthan ditulis sebagai Sarvananthan, K.
Ong Sue Lee ditulis sebagai Lee, O. S.
Osman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani, Osman ibn Ahmad dan disenaraikan di bawah abjad T (nama Arab)

4.2.3    Nama Pengarang Melayu, Cina dan India (Malaysia)

Nama pengarang yang lengkap dan disingkatkan hendaklah dikekalkan.

Contoh
Idarmawati Ahmad ditulis sebagai Idarmawati Ahmad
Hazirah bt. Abdul Hamid ditulis sebagai Hazirah bt, Abdul Hamid
Muhammad Eirfan Mirza b. Masa ditulis sebagai Muhammad Eirfan Mirza b. Masa

Nama Keluarga

Contoh
Ann Casey  ditulis sebagai  Casey, A.
Bridget Lee ditulis sebagai Lee, B.
Lim Chee Kah ditulis sebagai  Kah, L. C.

4.2.3        Penulisan Judul Karya

Penulisan bahan rujukan hendaklah menggunakan HURUF BESAR  pada huruf pertama judul karya tersebut dan kata nama khas. Huruf lainnya hendaklah ditulis dalam huruf kecil, kecuali perkataan itu merupakan singkatan yang menggunakan huruf besar.

Contoh
Casey, K., 1995. The New Narrative Research in Educatian………….
Idarmawati Ahmad, 2000. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia…………….

4.2.4        Cara Menulis Rujukan Buku

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut:

  • Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma.
  • Tahun penerbitan diikuti dengan noktah.
  • Judul buku (ditulis condong) diikuti dengan noktah.
  • Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti dengan noktah.
  • Nama siri buku dan jidil atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti dengan noktah. Edisi selain daripada edisi pertama diikuti dengan noktah.
  • Penerbitan diikuti dengan koma.
  • Tempat terbit diikuti dengan noktah atau koma (untuk penerbit yang mempunyai lebih daripada satu tempat, gunakan tempat yang pertama). Contohnay: “New York Heidelberg Berlin” ditulis “New York” sahaja.
  • Baris ke-2 dan seterusnya hendaklah ditulis dengan ensotan 12.5 mm atau sekali ketukan tab.      

Contoh:
Kapsuchell, C. E. dan Hyland, M. C., 1993.  Enviromental Science: Living Within
1 tab
 
 the System of Nature. Ed. Ke-3. John Wiley & Son, London.          
4.2.5        Karya yang Dikenali Menurut Judul

Contoh
Kamus Dewan, 1995. Ed. Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

The Encyclopedia of Malaysia, 1998. Valume 1: The Environment. Sham Sani (ed.).
            Edition Didier Millet, Singapore.

Singkatan dalam penulisan rujukan
Edisi baru (Ed. =edisi; ed. = edition) dan cetak ulang (revised)


4.2.6        Makalah dalam Jurnal

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut:

  • Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma.
  • Tahun penerbitan diikuti dengan noktah.
  • Judul makalah diikuti dengan noktah.
  • Nama jurnal (tulisan condong) diikuti dengan nombor jilid (Bold) dan nombor keluaran (dalam kurungan, jika ada) diikuti dengan koma.
  • Halaman seluruh makalah diikuti dengan noktah.

Peringatan
Semua nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap dalam senarai rujukan. Hanya bila menyisip rujukan dalam teks dibenarkan menggunakan nama singkatan. Jika terdapat lebih dari tiga pengarang, kita gunakan singkatan “et al.” iaitu et alia yang bermakna “dan lain-lain”.
Contoh:
Cara penulisan dalam senarai rujukan: Cerey, Martha,  L. K., Abdullah Jabbar dan Nayly Syazwany  binti Masa, 1997 …………………………………………..
Cara penulisan dalam teks: Cerey, et al., 1997

Penulisan tajuk dalam jurnal, akbar dan majalah tidak dicondongkan, hanya nama jurnal, akbar dan majalah yang dicondongkan.
Contoh:
Mohd. Jelani Salleh,   2000.   Mengkudu: khazanah   untuk insan    sejagat.    Wawasan
            Pertanian 1 (12), 30-33.

4.2.7        Makalah dalam Akbar

Contoh:
Bernama, 2006. Harga minyak naik, harga kereta turun?  Berita Harian, 25 Mac, 15.

Sanudin Hj. Tahir, 2001. Tanah runtuk di Teluk Sepanggar.   The   New  Sabah Times, 7.
            Januari, 9.
4.2.8        Makalah dalam Majalah

Jaret, P., 2002. Diet or Exercise? Reader’s Digest. October, 61-64.

Lee, P. C., 2004.  The  Empire   Strikes  Back!.  Today’s    Science    and   Technology,
            September/December, 1-2.


4.2.9        Internet

Rujukan melalui internet tidak digalakkan. Jika membuat rujukan pastikan bahawa laman web itu adalah laman kerajaan, agensi kerajaan atau institusi yang diiktiraf.

Contoh
Enviromental  Conservation  Department,  2000. Handbook   of   Environmental  Impact Assessment (EIA) in Sabah, Malaysia. Http://www.sabah.gov.my/jkas/centre/default.html.


4.2.10    Disertasi atau Latihan Ilmiah

Contoh:

Idarmawati Ahmad, 2003. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia Tumbuhan Ubatan Tiga Suku Kaum di Sabah. Disertasi Sarjana Sains (Biokimia). Universti Malaysia Sabah (tidak diterbitkan)

JADUAL PENGHANTARAN DRAF KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (PROPOSAL) DAN KKBI PIM3113 PGSR PENGAJIAN AGAMA SEMSETER SATU TAHUN 4, 2012



TARIKH
PERKARA
KANDUNGAN
TINDAKAN
15/1/2012
Hantar 
Draf 1 PROPOSAL
Tajuk Kajian
1.0  PENDAHULUAN
1.1   Refleksi pengalaman yang lalu berdasarkan fokus/isu kajian,
Refleksi nilai pendidikan
Emailkan kepada supervisor masing-masing
17/1/2012
Hantar Draf1 KKBI  Ulasan Artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan berserta Artikel yang diulas
1.      Membuat EMPAT ulasan artikel jurnal penyelidikan pendiidikan terkini (2005 dan ke atas) yang berkaitan dengan memberi tumpuan kepada pendidikan islam dalam aspek-aspek berikut:
a.      Masalah kajian
b.      Objektif kajian
c.      Persoalan kajian
d.      Hipotesis kajian
e.      Reka bentuk kajian
f.      Jenis persampelan kajian
g.      Jenis instrumen kajian
h.      Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
i.       Prosedur pengumpulan data
j.       Cara menganalisis data
k.      Nilai pendidikan dalam kajian
l.          Empat artikel jurnal  yang diulas hendaklah disertakan dalam salinan yang lengkap
Emailkan kepada

30/1/2012
Hantar  Penambaikan Draf 1 & Hantar 
Draf 2 PROPOSAL
1.2   Sorotan Literatur berkaitan dengan fokus kajian
(guna artikel jurnal terkini tahun 2005 dan ke atas)
2.0  OBJEKTIF KAJIAN
3.0  PERSOALAN KAJAIN
4.0  KUMPULAN SASARAN
(populasi dan sampel kajian, kelas, bilangan ikut jantina, rasional pemilihan sampel kajian)
Emailkan kepada supervisor masing-masing
7/2/2011
Hantar Draf2 KKBI  Ulasan Artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan berserta Artikel yang diulas
2.     Membuat EMPAT ulasan artikel jurnal penyelidikan tindakan terkini (2005 dan ke atas) yang berkaitan dengan memberi tumpuan kepada pendidikan islam dalam aspek-aspek berikut:
a.     Konteks kajian
b.     Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan dalam kajian
c.     Soalan kajian
d.     Sumber literatur
e.     Subjek kajian
f.      Model kajian tindakan yang diaplikasikan
g.     Cara pelaksanaan/lingkaran pelan tindakan kajian
h.     Cara pengumpulan data/instrumen kajian
i.      Cara analisis dan huraian data kajian
j.      Refleksi kajian
k.        Empat artikel jurnal yang diulas hendaklah disertakan dalam salinan yang lengkap
Emailkan kepada

15/2/2012
Hantar  Penambaikan Draf  1-2 & Hantar 
Draf 3 PROPOSAL
5.0  TINDAKAN YANG DICADANGKAN       
5.1  Prosedur Tindakan
·         Reka bentuk kajian,
·         Modul KT yang diaplikasikan dalam kajian,
·          jenis intevensi/rawatan
·         Cara kajian dijalankan
·         Jadual/tentative pelaksanaan kajian
5.2  Cara Mengumpul Data
       Kaedah pengumpulan data yang akan digunakan
       Instrumen kajian yang akan digunakan (Tringulasi)
dan instrument disertakan dalam Lampiran

Emailkan kepada supervisor masing-masing
17/2/2012
Hantar Draf3 KKBI  Ulasan Artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan berserta Artikel yang diulas
  1. Analisis dan membincangkan isu-isu semasa dalam pendidikan yang boleh disiasat melalui kajian tindakan berdasarkan pemahaman pengetahuan yang diperolehi dari medium cetak dan elektronik .
  2. MmEMmEMembincangkan etika penyelidikan, elemen-elemen plagiarisme, jenis-jenis pelagiarisme dan kesannya dalam penyelidikan pendidikan.In this project group of four is required to do the foll


29/2/2012
Hantar  Penambaikan Draf 1-3 PROPOSAL &
Hantar 
Draf khas slaid presentation
Sediakan draf slaid presentation
·   10 minit pembentangan untuk 10 slaid  
·   10 minit menjawab soalan

Emailkan kepada supervisor masing-masing dan Mdm. Ida idarmawati@yahoo.com

13/3/2012
Final
1.       Hantar KKBI  hard copy yang  lengkap kepada           Mdm. Ida satu naskah untuk satu kumpulan (kerja kumpulan) dan satu naskah bagi setiap individu (kerja individu)

2.       Sediakan hard copy proposal yang telah diluluskan untuk bentang oleh supervisor (sila rujuk borang kelulusan rujuk  dalam log disertasi) dan slaid prentation (Satu 4A dalam 2 slaid warna) dalam 3 salinan dalam 3 sampul surat berukuran A4 dan bertulis maklumat berikut

Emailkan soft copy  KKBI bersama proposal kepada Mdm. Ida idarmawati@yahoo.com



Emailkan soft copy proposal kepada supervisor masing-masing dan Mdm. Ida


Terima kasih atas segala kerjasama anda


MDM. IDARMAWATI AHMAD
KU PENULISAN ILMIAH 2012
IPG KAMPUS TAWAU



Kesungguhan mengikut perancangan yang dibuat adalah kunci kejayaan & Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

KERANA

Mereka yang berjaya bukanlah
mereka yang gagal dalam mencuba,
bukan juga mereka yang sering gagal tetapi
mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan
terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

امين يا رب العلمين